in

Gambar Aksi Lincah Penyanyi Rap Arabyrd

Okay, jangan salah baca ya dengan tajuk di atas, bukan Aksi Lucah tapi Aksi Lincah. 🙂

Nampaknya macam tu lah gaya seorang penyanyi hip hop kononnya perlu membina identiti dan trademarknya sendiri. Tapi Budiey tabik spring sebab tak ramai penyanyi hip hop wanita di Malaysia. Tengok apa yang berlaku dengan Ahli Fiqr yang dah pun dibubarkan. Katanya sebab Mawar Berduri tengah mengandung dan mereka berehat seketika untuk memberi laluan untuk vokalis utama itu melahirkan anak.

Tinggal pasal tu sebab kita nak cakap tadi, pasal trademark. Kalau ada trademark atau pengenalan, barulah peminat senang nak ingat nama.

Dan ternyata, penyanyi yang susah nak eja, malah nak sebut namanya pun agak susah juga ni, ada caranya sendiri. Dia adalah Arabyrd. Nama sebenarnya ialah Sharifah Arafah Bte Wan Abdullah Edruce. Seorang penyanyi wanita yang berjiwa hip hop bebas!

Budiey pernah bertemu dengan Arabyrd masa Sidang Media Sunburst KL 2009 anjuran Celcom tahun lalu. Di majlis ini juga, Budiey pertama kali melihat persembahan ‘kick off da stage’ yang hebat dari anak saudara Camelia ini. Memang mantap dan penuh bertenaga. Tapi yang tak tahan tu, penyanyi rap yang berasal dari Kuching, Sarawak ni buat aksi seksi dan berani.

Tak percaya, sila tonton video ini:

Menurut Arabyrd, namanya diberikan oleh seorang kawan. Maknanya, burung yang bebas. Sekarang berusia 24 tahun dan beliau dah terkenal di di Eropah kerana selalu diundang untuk buat persembahan di sana. Antaranya di Vienna, Austria. Kira famous jugak dia ni.

Merupakan anak sulung kepada 5 orang adik beradik ini punya inspirasi dalam muzik serta lagu yang dibawakannya. Joe Flizzow adalah kawan beliau yang banyak memberikan kerjasama dalam menghasilkan muzik yang gempak.

Antara lagu yang dipersembahkan ialah Blank Wall dan Byrd Kick. Blank Wall mencerita tentang cinta pertama, girl power dan cerita tentang lelaki.

Sekarang dah siap 5 buah lagu untuk albumnya iaitu L.O.V, Drop It dan What You Say. Imej pakaian Arabyrd agak bebas. Asalkan selesa, katanya.

Tengoklah, siap Arabyrd berdiri atas kerusi. Memang persembahan berani.

Ada stail

Fuyoh, aksi berani!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umie Aida Akan Kahwin di Mekah 14 Mac Ini

Sekitar Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Evolusi KL Drift 2