Sekitar Gathering Shawal FC Retro Agogo II

RETRO AGOGO P.II
(Gathering Shawal FC kali ke-2)
Tarikh : 01 Ogos 2009
Tempat : Saloma Bistro

Bismillahhirahmanirahim… 1 Ogos lalu Shawal FC telah menganjurkan gathering buat kali kedua sejak penubuhannya pada tahun 2007. Bertemakan Retro Agogo Part 2, gathering kali ini diadakan di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Acara dimulakan tepat jam 3.00 petang dengan ketibaan para jemputan yang terdiri daripada VIP iaitu Mr KJ dari Kumpulan TRB dan Mr Juan sebagai wakil media, peminat-peminat Shawal, ahli keluarga Shawal, wakil dari fc United Comunity, dan juga Nubies.

Upacara dimulakan dengan ucapan pembukaan dari wakil komuniti dan seterusnya ucapan dari Shawal, dan dimeriahkan lagi dengan memotong pulut kuning sebagai tanda simbolik majlis tersebut. Seterusnya para tetamu dijemput ke pentas utama bagi merakamkan gambar ‘family photo’ bersama Shawal sebagai tanda kenang-kenangan.

Sebagai upacara pembukaan, wakil Shawal FC telah membuat persembahan kejutan istimewa untuk Shawal dengan menyampaikan lagu ‘Kaulah Segalanya’ dengan diserikan lagi dengan tayangan slide video Shawal.      

Sepanjang majlis, Shawal menyampaikan 3 buah lagu solo iaitu Kenangan Mengusik Jiwa, Usah Lepaskan (versi unplugged) dan Kaulah Segalanya. Selain itu, Shawal turut mengundang beberapa peminat yang sporting untuk turut bersama berkaraoke dengan beliau. Apa yang menarik salah seorang VIP iaitu Juan turut serta berkaraoke berduet dengan Shawal dengan lagu “Perpisahan-Anuar Zain”.

Beberapa acara permainan turut diselitkan disepanjang majlis ini antaranya Lucky Draw, Paper Dance dan Retro Mummies. Persembahan kemuncak adalah apabila Shawal menjemput semua crew yang terlibat naik ke pentas untuk bersama-sama menyanyikan lagu Single terbaru beliau iaitu ‘SAMPAI BILA’.   

Diakhir majlis, sesi penyampaian hadiah bagi permainan, karaoke & beberapa kategori khas termasuk Retro King & Retro Queen. Hadiah disampaikan oleh VIP yang hadir. Hadiah-hadiah telah ditaja oleh Murai, Tourism Malaysia, Nestle & Shawal FC. Sebagai penutup acara majlis,para tetamu dijemput bersama2 menari tarian ‘poco-poco’ yang diketuai oleh Mr.Juan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Saloma Bistro yang merupakan lokasi gathering pada kali ni. Terima kasih juga kepada semua penaja-penaja goodies serta hadiah iaitu Karangkraf, Murai.com, Tourism, Nestle & Sikocinorlie yang menaja hand made door gift. Jurugambar dari HomHom.com dan idak lupa terima kasih kepada Puan Ros & Puan Siti Asiah yang merupakan keluarga Shawal FC yang sudi menaja sebahagian hadiah kami. 

Semoga majlis tempoh hari di berkati oleh Allah s.w.t. Seribu kemaafan sekiranya ada sebarang kekurangan atau kecacatan pada majlis kami ini. Semoga majlis tempoh hari diberkati oleh Allah s.w.t. Yang baik datang dar Allah s.w.t, & yang buruk adalah dari kami sendiri.

Terima Kasih diucapkan!

Layari: http://agogo-trek.blogspot.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda dan Cat Farish Hos 1 2 Jus di NTV7

Gossip: Kerenah Artis Gila Meroyan