in ,

Sekitar Final SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011

One ‘E’ and ‘A’ menempa gelaran juara di SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011!

Acara kemuncak kepada apa sahaja pertandingan. Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan pertandingan SURIASHOWDOWN! Band Kampus Terbaik 2011! anjuran Suria FM ini. Pencarian bakat baru melalui saluran profesional di kalangan kumpulan band pelajar di institusi pengajian awam dan swasta ini sudah sampai ke akhirnya.

Siri ujibakat bagi pertandingan ini telah bermula dari bahagian utara tanah air iaitu di Penang Megamall pada 29 Januari 2011, keesokan harinya pula pada 30 Januari 2011 di East Cost Mall, Kuantan kemudian diteruskan di bahagian selatan tanahair iaitu di The Zon, Johor Bahru pada 5 Febuari 2011. Siri ujibakat peringkat saingan dan separuh akhir ini berakhir di lembah kelang iaitu di Plaza Metro Kajang, pada 6 Febuari 2011 yang lalu. Muzik yang di bawakan terbuka kepada semua genre.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta namun pertandingan ini bukan pertandingan band antara atau mewakili kampus sebaliknya hanya memerlukan penyertaan pelajar/penuntut kampus sahaja. Cara untuk menyertainya sangat mudah iaitu mereka yang berminat perlu datang ke tempat-tempat ujibakat yang telah disenaraikan, kemudian daftarkan band berserta kad pelajar sebagai bukti peserta tersebut benar-benar merupakan pelajar dan tunggu sehingga giliran untuk sesi saringan pertama. Kemudian 10 band yang mempunyai markah tertinggi akan masuk ke peringkat saringan kedua pada hari yang sama di waktu petangnya. Dari sejumlah band yang memasuki saringan kedua ini di setiap lokasi, hanya 12 band sahaja yang akan dipilih untuk masuk ke peringkat akhir.

Band Juara - One 'E' And 'A'

Sabtu lalu, terukir satu lagi detik bersejarah buat Suria FM. Suriashowdown! Band Kampus Terbaik 2011! merupakan pertandingan realiti pertama anjuran sepenuhnya Suria FM. Sebanyak 12 band yang terbaik dipilih bagi peringkat akhir dan band yang bernama One ‘E’ and ‘A’ telah berjaya menyandang gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000 ringgit. Satu jumlah yang bernilai kerana penyertaan adalah percuma.

Selain menyandang gelaran juara, band One ‘E’ and ‘A’ juga telah terpilih sebagai persembahan terbaik dan memenangi trofi bagi gelaran tersebut. Keputusan ini bukanlah mudah untuk dibuat kerana setiap peserta akhir ini mempunyai kelebihan tersendiri selain persembahan mantap yang ditunjukkan. Oleh itu, sebanyak 3 juri professional dibawakan khas untuk membuat keputusan getir ini. Jurinya ialah Suby, Sham Kamikaze & Nurul Wahab. Selain dari juri professional, keputusan ini juga banyak dibantu oleh undian SMS yang telah dibuka selama 2 minggu sebelum pertandingan akhir tersebut berlangsung.

Band One E and A adalah merupakan band yang kesemua ahlinya merupakan pelajar dari UiTM Shah Alam. Ahli kumpulannya terdiri daripada Fify Emielia Shazlin B Ahmad Murshaidi ( Vokalis ), Muhammad Shahwalnaz Hussain ( Keyboardist), Mohammad Syahnaaz B Shuib ( Drummer ), Muhammad Helmi B Shahuddin ( Guitaris ) dan Mohd Firdaus Bin Abdul Wahab (Basis ). Bagi persembahan akhir ini band One E and A membawakan dua buah lagu iaitu satu lagu yang dipopularkan oleh Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk ‘Bisikan Asmara’ dan satu lagi lagu yang bertajuk ’ Bukan Milikmu Lagi ‘ nyanyian Agnes Monica.

Band kedua pula diungguli oleh band ‘Nastia’ dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 ringgit. Band ini merupakan pelajar-pelajar dari Aswara manakala tempat ketiga adalah dari UiTM Shah Alam juga iaitu Band ‘Kekabu’ dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 ringgit.

“Untuk mengadakan program yang seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah buat Suria FM kerana ini merupakan pertandingan reality yang pertama buat Suria FM. Bukan sahaja memerlukan komitmen yang tinggi malahan memerlukan perangkaan strategi yang tepat dan betul bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Saya berasa berpuah hati kerana ianya dapat berakhir dengan jayanya. Janji Suria FM kepada band yang telah menang, kami akan sedaya upaya untuk membantu menaikkan mereka dan pastinya bakat mereka tidak akan di sia-siakan begitu sahaja kerana mereka ialah yang terbaik di antara yang terbaik. “ menurut kata En.yusry Abu Samah, Deputy COO Suria FM.

Sekarang ini, masih lagu berlangsung peraduan ‘Lagu Berduit’ di Suria FM. Peraduan ini bermula dari 28 Febuari 2011 selama 5 minggu sehingga 1 April 2011. Menangi sebahagian daripada RM70 ribu untuk ‘ Lagu Berduit Suria FM’. Dengarkan [email protected] untuk mengetahui lagunya. Apabila lagunya berkumandang di radio dalam apa sahaja segmen di Suria FM, hantarkan jawapan menerusi SMS dengan menaip LB dan hantarkan ke 33988. SMS yang terpilih akan dihubungi dan setiap jawapan yang betul akan berjaya memenangi wang tunai dari sebahagian RM70,000 tersebut. Menangi lebih wang tunai di pusingan bonus jika mendengar Lagu Berduit dalam versi ‘LIVE’.

Juara - One 'E' And 'A'

Naib Juara - Nastia

Finalis, Juri & Penyampai Suria FM

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mubarak Majid Zarynn Min Drama Cinta Seorang Isteri

WWII Lost Films The Air War