in , ,

Sejambak Bunga Mawar Untuk Diana Danielle, Tanda Pendamaian Pertama

Itu merupakan hadiah yang dibawa oleh pelakon Farid Kamil ketika tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari untuk memujuk isteri tercinta, Diana Danielle, pagi ini.

Pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini sebentar tadi.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari tiba kira-kira pukul 9 pagi dengan sejambak bunga.

“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,” katanya ringkas ketika ditanya sebab membawa sejambak bunga hari ini.

Sejambak Bunga Mawar Untuk Diana Danielle, Tanda Pendamaian Pertama

Tiba di mahkamah pada jam 9.05 pagi, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari kelihatan tenang dan tersenyum sambil membawa sejambak bunga mawar bewarna merah.

“Bunga ini untuk Diana tanda pendamaian pertama,” 

Sementara itu, Diana hadir lebih awal pada jam 8.55 pagi di mahkamah memakai busana serba hitam bersama pengawal peribadi.

“Salam Ramadan,” kata Diana ringkas.

Hari ini difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakan Fotografi Terbaik: Penderia IMX766V vivo V27 & Potret Cahaya Aura

MCC Lifestyle

Tak Perlu Keluar Rumah Nak Beli Baju Raya! Ini Inovasi Terbaru dari MCC Lifestyle