in , ,

Sejadah The Prayer Mat Jadi Pengubat Rindu Masjid di Madinah & Mekah 

Ramai antara yang kita yang memandang remeh tentang sejadah. Padahal, sejadah ni penting sebab di situlah tempat kita sujud. Percaya tak, sejadah yang selesa dan bersih dapat membuatkan kita khusyuk semasa solat?

Namun, sejadah yang berkualiti atau punya corak yang cantik, bukanlah penentu solat yang sempurna. Tapi sekurang-kurangnya, jika sebidang alas tempat bersujud dapat memberikan pengalaman lebih baik ketika bersolat, sudah tentu kita semua perlu menitik beratkan seterusnya perlulah mendapatkannya!

Apatah lagi, apabila ada syarikat tempatan, The Prayer Mat Sdn. Bhd, telah memperkenalkan sejadah dengan rekaan bertemakan kesenian Madinah dan Mekah. Pada bulan puasa yang lalu, Budiey sempat menemubual founder produk ini. Seterusnya, menarik minat Budiey untuk mengetahui apakah keistimweaan sejadah daripada The Prayer Mat Sdn. Bhd ini. 

Prayer Mat

Salah satu sebab atau daya tarikan untuk Budiey ingin tahu adalah kerana ada sejadah yang coraknya sama dengan apa yang Budiey temui semasa mengerjakan umrah. Sememamgnya, sejadah dengan corak serta material yang sama digunakan di masjid kat Madinah dan Mekah ini dapat mengimbau memori ketika bersolat di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Apatah lagi kalau ada wangi-wangian yang sama. Terus terubat rindu untuk ke sana! Yang sudah pergi ke sana, akan faham perasaan rindu yang Budiey maksudkan. 

Prayer Mat

Menurut Pengasas dan Pengarah, Dr. Siti Norwahida Shukeri, berbeza dengan kebanyakan sejadah yang ada di pasaran, produk The Prayer Mat dihasilkan dari kilang yang sama menghasilkan permaidani di kedua-dua masjid di Tanah Suci.

“The Prayer Mat adalah sejadah permaidani berkualiti tinggi dengan jutaan titik cucukan benang yang menghasilkan corak-corak eksklusif.

“Bukan sekadar sejadah, kehalusan dan ketelitian pada produk ini menjadikan ia ‘teman peribadi’ yang cukup istimewa dan selesa untuk beribadat.

“Paling ‘mahal’ adalah reka bentuk yang pasti akan mengamit memori ketika berada di Tanah Suci,” katanya kepada Malakat Tribune, baru-baru ini.

Dr Siti Norwahida berkata, bermula dengan mengambil tempahan sejadah Raudhah untuk rakan-rakannya secara dalam talian, sambutan yang baik mencetuskan idea perniagaan kepada beliau.

Selepas hampir dua tahun bertapak, operasi syarikat yang dibantu suami, Wan Mohd Khairy Adly Wan Zaimi, terus berkembang dengan sasaran jualan sebanyak RM7 juta pada tahun ini.  

Prayer Mat

Beliau berkata, The Prayer Mat mendapat sambutan menggalakkan sejak daripada mula diperkenalkan terutama dalam kalangan pelanggan yang mahukan sesuatu yang eksklusif atau menjadikannya sebagai hadiah. 

“Koleksi Madinah bertemakan unsur Raudhah, ruang saf paling depan di Masjid Nabawi. Koleksi Mekah lebih kepada seni bina Kabbah dan Masjidilharam.

“Semua sejadah ini didatangkan dengan tiga saiz iaitu mini, medium dan standard dengan tiga ketebalan iaitu 4 milimeter (mm), 6mm dan 8 mm,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu lagi.

Mengenai harga sejadah yang dihasilkan di kilang MADA Carpet di Madinah itu, Siti Norwahida berkata, sebagai pengedar eksklusif di Malaysia, pihaknya menawarkan harga yang tidak jauh berbeza dengan pembelian di Tanah Suci.

“Terbaharu kami baru sahaja membawa masuk tiga kontena sejadah untuk memenuhi permintaan tempatan,” ujarnya yang kini memiliki 1,000 ejen di seluruh Malaysia.

Prayer Mat

Sementara itu, Siti Norwahida bercadang menampilkan reka bentuk masjid-masjid di Malaysia dalam barisan sejadah terbaharunya sebagai usaha membawa identiti Malaysia ke persada global. 

Selain sejadah, syarikat yang berpangkalan di Changlun, Kedah ini turut memasarkan beberapa produk yang sinonim dengan Tanah Suci seperti minyak wangi dan kurma berkualiti tinggi.

Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh dibuat dari laman www.theprayermatmalaysia.com

Prayer Mat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rindu Di Hari Raya Rayme Zainal Affizy Khairy | 20

Sahut Cabaran RINDU DI HARI RAYA Rayme Zainal & Affizy Khairy Di TikTok 

Dji | 21

DJI Lancar DJI Mini 3 Pro, Lebih Ringan & Masa Penerbangan Lebih 30 Minit!