in

Segala Fakta Tentang Filem JEBAT Yang Anda Perlu Tahu

Sebuah lagi filem yang diterbitkan oleh Astro dan produksi Pena Creative Pictures ini bakal menemui peminat filem tanahair. Filem ini merupakan sentuhan filem pertama oleh pengarah Jamal Khan manakala skrip pula oleh Nik Naemah Najad Nik Mahir.

Filem Jebat

Tajuk : JEBAT
Genre Filem : Romantik Komedi Aksi
Pengarah : Jamal Khan
Penerbit : Astro
Produksi : Pena Creative Pictures
Bahasa : Bahasa Malaysia
Tarikh Tayangan : 2017
Format : High Definition
Lokasi Pengambaran : Raub, Pahang, Taiping, Perak, Jelebu, Negeri Sembilan

BARISAN PELAKON
Sharnaaz Ahmad sbg Jebat
Mastrura sbg Nelydia Senrose
Peter Davis sbg Tuah
Carmen Soo sbg Airen
Sangeeta Krishnasamy sbg Jasmine
Rahhim Omar sbg Uncle Bujang
Idris Khan sbg Inspektor Rayyan
Louisa Chong sbg Aunty kedai sensei
Yap Chin Fong sbg Taxi Driver

TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan Oleh : Astro dan Pena Creative Pictures
Penerbit Eksekutif : Dato Ziela Jalil
Saniboey Mohd Ismail
Khairul Anwar Salleh
Penerbit : Puteri Julia Nabilah
Ibrahim Junid Abdullah
Penerbit Penyelaras : Ahmad Budiman
Nik Naemah Nik Mahir
Pengarah : Jamal Khan
Penolong Pengarah : Kamal Azman Ramli
Skrip : Nik Naemah Nik Mahir
Pengurus Produksi : Arie Zaharie
Pengarah Fotografi : Haris Hue Abdullah
Penyunting Filem : Muhamad Adilan Azemi
Penolong Pengarah : Kamal Azman Ramli
Pengarah Seni : Mazalan Zulkifli (Black)
Pereka Busana : Dee Hasnan Yaccob
Penata Tatarias : Jas Syed Chek

SINOPSIS
Mengisahkan tentang pasangan Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, baru beberapa hari mereka berada di sana, beberapa kejadian yang tidak disangka telah berlaku dan membuatkan Jebat mula risau dan yakin ada sesuatu yang tidak kena.

Jebat terpaksa menipu dan membuat helah untuk segera pulang ke Malaysia atas alasan kecemasan keluarga. Mastura mula curiga, tetapi tetap akur dengan kehendak suami. Sebaik tiba di Malaysia, Jebat menuju ke tempat pakciknya yang merupakan sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan. Jebat mendapat tahu ada seseorang ingin membunuhnya tetapi mengapa? Adakah Jebat akan kembali ke dunia gangster lamanya? Mampukah Jebat terus menyimpan rahsia tentang dirinya dari Mastura?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem MARAUDERS Lakonan Bruce Willis & Dave Bautista

MTV Lancar Project Aloft Star Musim Ke-3