in ,

Sebutan Kes Dadah Soffi Jikan Ditetapkan 11 April

Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 11 April untuk sebutan semula kes pelakon Sofi Jikan atas pertuduhan menggunakan dadah jenis THC, Februari lalu.

Majistret Nurulhuda Zakariya menetapkan tarikh itu semasa sebutan kes Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, yang didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC..

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 11.15 malam, 6 Februari lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada peguam mewakili pelakon itu, Datuk Haniff Hassan. – BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Siapakah Yang Bakal Dinobatkan Juara GEGAR LAWAK?