in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Hai semua pembaca setia…. buat korang semua kaki wayang sekalian, Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem aksi yang cukup dramatik berjudul 7 DAYS IN ENTEBBE.

Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Budiey ada 100 pass untuk korang melihat pelakon ini dan seterusnya menonton filem ini di TGV 1 Utama pada 26 Mac 2018 ini.

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan José Padilha ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 29 Mac 2018. Filem ini adalah sebuah filem yang bergenre aksi perang tahun 2018 ini.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak aksi mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

7 DAYS IN ENTEBBE atau Entebbe merupakan sebuah filem drama terbaru dari Amerika Serkat yang diarahkan oleh sutradara Jose Padilha. Skrip filem ini ditulis oleh Gregory Burke. Filem 7 Days in Entebbe merupakan filem drama ke 4 mengenai kejadian yang berlaku pada operasi Entebbe, setelah Amerika melancarkan filem Victory at Entebbe (yang dikeluarkan pada tahun 1976), Raid on Entebbe (rilis pada tahun 1977), dan filem yang dilancarkan oleh Israel yang berjudul Operation Thunderbolt (rilis pada tahun 1977)

Beberapa pelakon berbakat turut bergabung menggempakkan lagi filem ini, antaranya Rosamund Pike, Eddie Marsan, Daniel Bruhl, Ben Schnetzer dan juga Vincent Cassel.

Dalam film 7 Days in Entebbe inti ceritanya tentang operasi Entebbe yang terjadi pada tahun 1976. Dalam filem tersebut digambarkan operasi penyelamatan serangan pengganas oleh Mossad. Dalam misi tersebut, pengganas juga melakukan pembunuhan pada penumpang pesawat Air France yang ingin menuju Paris. Penumpang tersebut didera ketika pesawat mendarat di Antebbe.

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 29 Mac 2018, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer 7 DAYS IN ENTEBBE yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre drama aksi ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Sinopsis Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Filem 7 DAYS IN ENTEBBE menceritakan tentang rampasan pesawat Air France yang melalui penerbangan dari Israel menuju Paris. Filem ini diinspirasi dari kejadian sebenar mengenai rampasan pesawat tersebut pada tahun 1976.  Di tahun tersebut, terdapat empat pengganas telah merampas pesawat Air France yang terbang dari Tel Aviv, Paris menuju Paris, Prancis dengan melewati Athens, Yunani.

Peraduan Tayangan Premiere Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 100 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
26 Mac 2018 (Isnin)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere 7 DAYS IN ENTEBBE – Budiey.com. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #7DAYSINENTEBBEMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #7DAYSINENTEBBEMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon utama dalam filem 7 DAYS IN ENTEBBE

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere 7 DAYS IN ENTEBBE – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Tarikh tutup peraduan:

26 Mac 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 29 Mac 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Filem 7 DAYS IN ENTEBBE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Tiket D-BOX dari GSC

Sebutan Kes Dadah Soffi Jikan Ditetapkan 11 April