in

Sebalik Tabir Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN

Pagi Selasa tanggal 29 April 2014 lalu, tidak seperti pagi-pagi kebiasaan, Budiey bangkit dengan semangat, terus meluru ke Hotel One World di mana berlangsungnya Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN. Sebagai blogger rasmi untuk acara ini, pastinya Budiey akan ‘tunjuk muka’ lebih awal, nanti apa pulak orang kata, kan? Bukan sekadar ditugaskan menjadi satu-satunya blog utama untuk menyiarkan berita dan memaparkan promosi acara ini, malah Budiey juga ditugaskan untuk menjadi penaja untuk yang sudi memberikan hadiah cabutan bertuah dan beberapa barang produk untuk dimuatkan dalam goodie bag.

Sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan walaupun Budiey nampak berpengalaman meminta bantuan penaja untuk Party Budiey yang dianjurkan saban tahun. Tapi untuk persembahan Terindah Anuar Zain ini, nampaknya lain macam sikit respon daripada penaja. Cari punya cari, Budiey sekadar berjaya mendapat sebuah iPad Mini hasil pemberian daripada Maxis. Terima kasih kepada Maxis. Daripada takde langsung, baiklah ada satu untuk diberikan kepada peminat Anuar Zain yang membeli tiket. Barulah Budiey dapat rasakan betapa susahnya untuk mencari penaja walaupun dengan membawa nama penyanyi ternama.

Di luar dewan, ada juga dijual beberapa merchandise barang-barang serta album terbaru Anuar Zain. Tidak ketinggalan disediakan satu banner besar untuk dijadikan satu booth kepada peminat yang hadir bergambar dan merakamkan kenangan.

[pullquote] Apa-apa pun syukur, segala perancangan berjalan lancar. Walaupun harga tiket dikatakan paling mahal pernah dijual oleh penyanyi tempatan, namun Budiey lihat kesemua meja tidak tinggal kosong. Maknanya, tiket persembahan eksklusif ini sangat laris. Tahniah Budiey ucapkan buat penganjur Anuar Zain Network yang berjaya merealisasikan event ini dengan jayanya. Budiey pasti, banyak onak duri yang ditempuhi oleh pihak pengurusan Anuar Zain sehingga menemukan titik jayanya. [/pullquote]

Berkenaan dengan pihak media dilarang untuk merakam persembahan selepas empat buah lagu, pihak penganjur ada alasan mereka sendiri. Pada mulanya, Budiey rasa macam tak best sebab tak dapat merakam kesemua lagu yang didendangkan oleh Anuar Zain. Namun, apabila fikir kembali, persembahan ini sangat eksklusif, biarlah ia menjadi tatapan yang membeli tiket. Jika semua lagu dipaparkan di Youtube, rasanya tak adil bagi yang melaburkan wang saku semata-mata menonton persembahan ini. Barulah nampak eksklusif. Walaupun Budiey percaya ada penonton merakam kesemua lagu dengan menggunakan kamera telefon pintar yang superb kualitinya namun itulah peraturan yang kami terpaksa patuhi.

Semua media yang mendaftar diminta menandatangani satu surat perjanjian yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan. Di mana isi kandungan itu antaranya menyebut, media elektronik termasuklah stesen TV hanya dibenarkan merakam persembahan Anuar untuk empat lagu pertama sahaja. Sekilas membuatkan Budiey terkenangkan beberapa konsert dari artis Barat yang Budiey hadiri. Memang beginilah aturannya. Ya, syarat seperti ini memang biasa di kalangan artis Barat. Anuar Zain membuktikan beliau cukup eksklusif dan tak keterlaluan jika Budiey katakan, Anuar Zain adalah artis pertama yang menguatkuasa aturan seperti ini.

Menurut pihak pengurusan, ini adalah kerana untuk mengelakkan ada pihak yang menerbitkan VCD atau sebagainya untuk pasaran di luar sana tanpa kebenaran. Malah, Anuar Zain Network ada perancangan tersendiri. Mungkin akan ada nanti perancangan lain yang Budiey sendiri tak pasti. Apa-apa pun, kenalah tunggu pengumuman rasmi. Ini adalah pendekatan yang perlu difahami bahawa sebagai penganjur utama, mereka perlu menjaga hak cipta dan hak eksluviti untuk penonton yang hadir.

Jam 11.30 tengahari, Budiey sampai untuk bertemu dengan dua orang pemenang yang Budiey pilih dari penyertaan ucapan Terindah buat Anuar Zain di Instagram. Tahniah buat Kak Sofie dan juga Piqa yang berjaya memikat Anuar Zain dengan kata-kata dan ucapan terindah mereka. Cukup bertuah di mana mereka mendapat sekeping tiket bernilai RM600 lebih dan dapat pula bertemu secara eksklusif dengan Anuar Zain di sesi Meet & Greet yang diadakan selepas persembahan. Bukan main happy lagi kedua-dua peminat setiap mereka.

Sehari sebelum, Budiey difahamkan Anuar Zain telah melakukan raptai penuh untuk memastikan segala perancangan, gimik dan persembahan nampak sempurna. Ada beberapa kejutan telah dirancang untuk menyuntik kelainan persembahan eksklusif kali ini.

Di luar dewan Grand Ballroom, Budiey lihat ada beberapa booth daripada penaja. Antaranya, Zalora, L’Occitane, Pods & Petals Giftlab, Nescafe Dolce Gusto, dan banyak lagi. Budiey lihat, dari awal penganjuran, Anuar Zain begitu bekerja keras untuk mencari penaja yang sesuai untuk memberikan yang paling indah buat tatapan dan pemberian ikhlas buat peminat. Penaja lain yang memberi sokongan antaranya, Suria FM, Budiey.com dan One World Hotel sebagai The Partners. Tidak ketinggalan, FBA Media, Antabax, Syomir Izwa, May Asian Potions, The Sartorial, Nara MediSpa dan Maxis.

Bukan itu sahaja, Budiey difahamkan persembahan Anuar Zain lebih istimewa apabila segalanya dari A sampai Z disusun atur dan dipilih oleh Anuar Zain. Dari susun atur susu garfu di atas meja, dekorasi meja sehinggalah kepada pemilihan menu santapan ala barat juga dipilih oleh Anuar Zain. Begitu juga dengan pemilihan hadiah serta barangan yang terdapat di dalam goodies bag adalah produk yang biasanya digunakan oleh Anuar Zain sendiri. Itulah istimewanya persembahan ini berlainan dengan konsert berskala besar, Anuar Zain seolah membuka pintu seluas-luasnya kepada peminat untuk mendampinginya dengan lebih intim dan lebih mesra di persembahan TERINDAH. Yelah, kita semua tahu, Anuar Zain cukup private dengan bab-bab penjagaan diri dan siapa Anuar Zain di luar pentas… dan kini peminat sendiri dapat merasai siapa Anuar Zain yang sebenarnya.

Gambar dan photo sekitar TERINDAH ANUAR ZAIN dari lensa jurugambar profesional – Taqiyuddin Arifin / Mrtakky Photography

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Anuar Zain Terindah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem X-Men: Days of Future Past

Gambar Sekitar Persembahan Minggu Setiausaha TERINDAH ANUAR ZAIN