in ,

Sebak! Momen Perpisahan Anak Kembar Zizie Ezette, Salah Seorang Terpaksa Kembali

Pada Sabtu lalu, posting pelakon Zizie Ezette di Instagram (IG) mengenai anak kembarnya Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna mengundang sebak warga net.

Zizie Ezette memuat naik posting pasangan kembar tersebut yang juga merupakan anak angkatnya, ketika berada di lapangan terbang. Difahamkan Naila Marjenna dijaga oleh ibu kandungnya di Sandakan, Sabah manakala Nayla Nurjenna tinggal bersama Zizie di Kuala Lumpur. Naila Marjenna berada di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk menghabiskan masa bersama kembarnya dan Zizie sekeluaga.

Zizie Ezette

Salah Seorang Terpaksa Kembali Ke Pangkuan Keluarga, Video Anak Kembar Zizie Ezette Undang Sebak

Namun, pasangan kembar seiras ini seolah-olah tidak mahu berpisah apabila masing-masing menangis teresak-esak dan berpelukan.

Menerusi video yang dikongsi, Zizie juga gagal mengawal emosinya ketika sedang memujuk Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna.

“Nanti jumpa lagi ya. Nanti Mummy bawa jalan-jalan lagi tau. Alahai…aku pula yang sedih.

“Mummy sayang Niza (nama sebenar Naila Marjenna ialah Asniza), kakak Jenna pun (nama sebenar Asnira) pun sayang Niza.

“Cium puas-puas…Nanti kalau Mummy balik KK (Kota Kinabalu) pun Niza boleh datang jumpa kami okay,”

– Zizie Ezette

Zizie berkata, percutian kali ini dia tidak dapat membawa pasangan kembar tersebut bersiar-siar kerana bimbang dengan virus yang sedang menular sekarang.

“Tapi kali ini tak dapat bawa berjalan-jalan sebab virus banyak, takut terjadi apa-apa jadi kami di rumah saja, merbahaya,”

– Zizie Ezette
Zizie Ezette

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut turut berasa sedih melihat wajah sayu Naila Marjenna dan Nayla Nurjenna.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kes Sajat Berpakaian Wanita di Mekah Telah Dibawa Ke Pihak Atasan,” – PU Amin

Kilafairy Tak Mahu Dikaitkan Dengan Imej Seksi