in ,

Sebab Mamat Khalid Ambil Pelakon Baru Untuk Zombi Kilang Biskut

Mamat Khalid

Pengarah filem, Mamat Khalid, mengakui pengambilan beberapa pelakon baharu dalam filem terbaharunya berjudul Zombi Kilang Biskut adalah untuk memberikan sesuatu kelainan dan karya yang lebih segar kepada penonton. Namun, menurut Mamat Khalid, filem komedi yang dihasilkan melalui kesinambungan filem terdahulu seperti Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Husin, dan Mon & Jin Pakai Toncit itu masih mengekalkan beberapa watak dan pelakon lama.  Pengarah yang kreatif ini ditanya media semasa majlis pratonton filem Zombi Kilang Biskut, di One Utama, malam Selasa lalu.

mamat-khalid

“Saya sengaja ambil muka-muka baru terutama yang belum ada nama sebagai teraju filem ini suapaya ia kelihatan lebih segar dan berbeza daripada filem-filem saya sebelum ini. Namun begitu beberapa watak lama yang mengkaitkan filem-filem terdahulu seperti Pak Jabit, Husin, Usop dan Kak Limah masih dikekalkan.”

Filem Zombi Kilang Biskut masih dibarisi pelakon yang sama seperti tiga filem terdahulu antaranya Awie, Usop Wilcha, Delimawati dan Man Kadir selain turut menampilkan watak-watak baru seperti Eina Azman, Dayana Roza dan Shuk SYJ bagi memberikan suntikan lebih segar. Filem ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Kangsar, Perak dengan kos sebanyak RM1.7 juta.

“Bagi filem ini, saya masih mengekalkan Kampung Pisang sebagai latar utama kerana tiga filem sebelum ini bertumpu kepada kemelut di kampung itu. Kali ini tertumpu kepada masalah zombi di dalam kilang biskut pula. Saya harap kesinambungan filem ini dapat memberikan kepuasan kepada penonton.”

Dalam pada itu, Awie berkata, watak Husin dalam filem ini berbeza daripada tiga filem sebelum ini, yang mana dia merasakan kematangan watak tersebut.

“Dalam Zombi Kilang Biskut, watak Husin banyak membabitkan aksi pergaduhan tetapi dalam bentuk komedi. Saya mengucapkan terima kasih kepada Mamat kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mencorak aksi pergaduhan dan memberi tunjuk ajar kepada pelakon lain untuk melakukan aksi terbabit.”

Zombi Kilang Biskut mengisahkan Husin yang kembali ke Kampung Pisang dan bekerja di sebuah kilang biskut di Taiping sebagai ‘supervisor’ atau penyelia selepas di­isytiharkan muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura. Di kilang berkenaan, Husin bertemu semula dengan rakan sekampungnya iaitu Usop, Deris dan Mat Karan. Mereka kemudian terbabit dalam menyelongkar misteri kemunculan zombi yang mengganas di kawasan kilang terbabit. Filem Zombi Kilang Biskut akan berada di pawagam bermula 20 Mac ini di seluruh Malaysia dan Brunei. Sumber: Mstar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Minggu Setiausaha The Moments With Dato’ Jamal Abdillah

Kristian Nairn Pelakon Game of Thrones Mengaku Gay