in ,

Kristian Nairn Pelakon Game of Thrones Mengaku Gay

Selepas pelakon drama bersiri Prison Break, Wentworth Miller mengumumkan pada satu dunia yang dia seorang gay, semalam, seorang lagi pelakon mengikut jejaknya dengan berani mati mengaku gay. Pelakon yang Budiey maksudkan ialah Kristian Nairn, seorang pelakon yang membintangi drama bersiri Game of Thrones yang ditayangkan di HBO. Ini adalah satu pengakuan yang mengejutkan.

Kristian-Nairn

Bintang Hollywood ini telah buat pengakuan berani mati semasa sesi temubual bersama Winter is Coming (layari: Winteriscoming.net), sebuah laman web peminat untuk siri Game of Thrones. Semasa ditemubual, topik mengenai gay tiba-tiba muncul apabila Kristian Nairn ditanya tentang kelompok peminatnya ramai terdiri daripada lelaki bertubuh gemuk, chubby dan gempal atau lebih dikenali sebagai komuniti ‘bear’.

“Apabila anda bercerita mengenai komuniti gay, anda sebenarnya bercakap mengenai komuniti saya. Ya, saya sedar mengenai kalangan peminat saya dan ia satu perkara yang menarik. Saya juga selalu mendapat mesej daripada kelompok ini, tapi 99 peratus ialah mesej yang baik-baik je.”

I have some friends in the gay community, “bears” as they’re wont to call themselves, who hold you on a pretty high pedestal. One good friend of mine (I’ve known since we were in the 5th grade together) says your bear following is “extensive.” Is this something you’re aware of?

Kristian: Well, in all honesty, when you talk about “the gay community,” you are talking about MY community, haha. I AM aware of it yeah, and I think it’s really lovely. There’s not a day that I don’t get a few messages, but 99% or more are super sweet and nothing smutty at all! Again, it’s a privilege, and I really mean that. I’ve never hidden my sexuality from anyone, my whole life in fact, and I’ve been waiting for someone to ask about it in an interview, cos it’s not something you just blurt out. I’ve tried to lead the questions a few times, to no avail!

Seeing as how some people might react negatively to it, did most of the cast and crew have an understanding of it? Or was it just never really brought up?

Kristian: I had an upbringing to respect other people’s privacy, and their right to be and choose what they want, and I expect, no, demand no less for myself. It’s a very small part of who I am on the whole, but nonetheless, in this day and age, it’s important to stand up and be counted. I have and always will stand my ground. So, yeah, people have been great, on the show, but I don’t see why it would be an issue.

I ask because I know there is a certain percentage of parents who might say, “Oh, well, I don’t want my child acting with a gay man.” 

Kristian: I would love to see the children in question on the show react to [someone telling them] that. That’s so not even been an issue. The families and kids on the show are so switched on to reality, to “old ways” aren’t an issue.

Menurut Kristian Nairn, dia tak pernah menyembunyikan status seksualitinya daripada umum. Malah, pelakon yang berusia 38 tahun ini dah lama untuk mewar-warkan kepada media tentang orientasi seksnya.

“Saya memang tertunggu-tunggu jika ada yang akan bertanya mengenai perkara itu dalam mana-mana temubual. Maklumlah, ia bukannya satu benda yang saja-saja kita nak hebahkan. Saya sudah berusaha mengarahkan pertanyaan media kepada hal ini, tapi tak pernah berhasil.”

Dalam siri terkenal siaran HBO itu, Kristian Nairn memegang watak bernama Hodor, seorang lelaki bertubuh besar tapi berhati lembut.

Kristian Nairn Pelakon Game Of Thrones Mengaku Gay

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab Mamat Khalid Ambil Pelakon Baru Untuk Zombi Kilang Biskut

VIDEO Temubual Eksklusif In Person With Fahrin Ahmad di Paris