in , ,

Konsert Search Endemik Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

Search Umumkan Konsert Bersejarah ‘Endemik’ Yang Bakal Berlangsung Di Venue Terbaru Bertaraf Antarabangsa, Zepp Kuala Lumpur

SEARCH yang dianggotai oleh Amy, Nasir, Hillary Ang dan Man Kidal hari ini mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan konsert bersejarah yang dinamakan KONSERT ENDEMIK pada 4 Jun 2022. Kumpulan rock nombor satu di Malaysia tersebut telah memilih Zepp Kuala Lumpur – sebuah venue terbaru bertaraf antarabangsa di ibu kota sebagai lokasi konsert yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh semua peminat SEARCH di Malaysia dan rantau Asia.

Search Umum Konsert ‘Endemik’ Yang Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

KONSERT ENDEMIK bukan sekadar konsert biasa. Ia adalah kemuncak kepada karier SEARCH yang telah bermula sejak tahun 80an lagi. Zepp Kuala Lumpur dan semua yang menghadiri acara tersebut bakal menjadi saksi kepada konsert terbaik kami.

Venue ini mempunyai segala fasiliti bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa dan saya percaya peminat-peminat kami, samada yang lama mahupun dari generasi baru bakal merasakan kehebatan konsert ini dari pelbagai segi.

Kami amat mementingkan bukan sahaja keselesaan, malah kualiti, keselamatan dan pelbagai lagi faktor yang menjadi jaminan naskhah hebat dari kami”, menurut Amy. 

– Amy
Search Umum Konsert ‘Endemik’ Yang Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

Zepp Hall Network Inc. ditubuhkan pada tahun 1998 dan mempunyai sebelas dewan konsert di seluruh dunia termasuk sembilan di Jepun, satu di Taipei dan yang terbaru di Kuala Lumpur. Zepp Kuala Lumpur bertempat di Bukit Bintang baru sahaja dibina dengan kos RM100 juta berkapasiti 2,500 orang dilengkapi dengan ciri-ciri concert hall terbaik setaraf dengan jenama Zepp lain seluruh dunia. 

LOL Asia sebagai penganjur KONSERT ENDEMIK menyatakan bahawa ianya  adalah konsert solo pertama di Zepp Kuala Lumpur. Rizal Kamal, Ketua Pegawai Eksekutif, LOL Asia, berkata, “Kami amat berbangga dengan kolaborasi tiga penjuru di antara SEARCH, LOL Asia dan Zepp Kuala Lumpur ini.

Zepp adalah jenama global dan SEARCH sebagai sebuah kumpulan rock legenda terunggul adalah pilihan paling tepat untuk membuka tirai Zepp Kuala Lumpur sebagai konsert solo pertama. Venue ini lengkap dengan kemudahan state-of-the-art paling moden termasuk sistem audio dan pencahayaan berkualiti tinggi, susunan audiens ala stadium, VIP box dan lain-lain justeru menjanjikan konsert paling epik dan bakal melakar sejarah di dalam lipatan industri seni tanahair terutama scene rock n roll”. 

“Nama ENDEMIK dipilih bersesuaian dengan situasi dunia. Bersama-sama dengan Nasir, Hillary dan Man Kidal kami tidak sabar untuk bertemu dengan semua peminat-peminat yang telah lama menantikan saat ini.

Selain lagu-lagu signature SEARCH, kami juga mempunyai material baru yang belum pernah dipersembahkan secara live. Jumpa anda semua di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Jun ini!,”

– Amy
Search Umum Konsert ‘Endemik’ Yang Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur

Tiket KONSERT ENDEMIK akan mula dijual pada 28 April  2022. Layari lolasia.bigtix.io untuk maklumat lanjut berkenaan pembelian tiket.  

#SEARCHENDEMIK #SEARCHLIVEATZEPPKL #SEARCH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NOIR Meraikan Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik

Seleksi Program Menarik Sempena Raya 2022 Buat Pendengar Setia Suria FM