in , ,

NOIR Meraikan Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik

Majlis iftar merupakan acara lazim yang dianjurkan oleh kebanyakan organisasi di sepanjang bulan Ramadhan, dengan objektif untuk meraikan golongan terpilih dengan memberi sumbangan untuk Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Tahun ini, NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. juga tidak ketinggalan untuk meraikan anak-anak yatim. Seramai 31 orang anak-anak yatim dan 7 orang penjaga dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara telah dijemput khas bagi menerima sumbangan Aidilfitri berupa sepasang baju melayu dan baju kurung beserta duit raya setiap seorang. 

NOIR Meraikan Anak-Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik

Majlis iftar NOIR diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan Cantik & Menang kepada Puan Normah Binti Mohd Yaman dari Kuantan, Pahang yang telah terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan ini. Puan Normah yang ditemani suami dan anak lelakinya telah membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai pada malam tersebut. 

NOIR Meraikan Anak-Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik

Peraduan Cantik & Menang telah dilancarkan sempena dengan Anugerah Juara Lagu ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah RM 100,000.00. Peraduan tersebut boleh disertai dengan membeli mana-mana produk NOIR sekurang-kurangnya RM 50.00 dalam satu resit pembelian dan pemilihan pemenang akan dibuat pada setiap bulan dan pemenang berpeluang membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai.      

NOIR Meraikan Anak-Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik

Selain Majlis Iftar bersama anak yatim, NOIR juga telah melakukan beberapa siri kebajikan sempena Ramadhan dengan memberi juadah berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai di beberapa bazaar Ramadhan terpilih di sekitar Lembah Klang. 

NOIR merupakan syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik berkualiti tinggi, halal dan premium yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga merupakan penaja utama AJL36 yang lalu. 

NOIR Meraikan Anak-Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik
NOIR Meraikan Anak-Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik
NOIR Meraikan Anak-Anak Yatim & Penyampaian Hadiah Peraduan Menang & Cantik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG GALAXY A53 5G

Jom Buka Kotak Samsung Galaxy A53 5G, Tahu Tak Apa Yang Berubah?

Konsert Search Endemik Bakal Berlangsung Di Zepp Kuala Lumpur