in , ,

Tahniah! Sean Lee Sertai Pelakon Filem Animasi DC LEAGUE OF SUPER-PETS 

Pelakon Sean Lee memberi suara kepada watak “Waffles” dalam filem aksi-pengembaraan animasi “DC League of Super-Pets” yang akan ditayangkan di pawagam mulai 28 Julai

Warner Bros. Pictures mengesahkan pelakon dan selebriti, Sean Lee – yang lebih dikenali sebagai “SeanLJE” – menyertai barisan pelakon alih suara untuk filem “DC League of Super-Pets”, yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 28 Julai ini.

Suara Lee menghidupkan watak Waffles, anjing Terrier Boston yang tinggal di Metropolis. Hatinya melonjak keriangan apabila studio Hollywood mengetuk pintu kerjaya seninya dan menawarkan peluang berkenaan. Lee mula dikenali menerusi siri drama “The Hotel”, “Romantika 4 Hari 3 Malam” dan “Jujurlah Nikahi Aku”.

Pelakon muda ini berkata, “Saya bersyukur kerana impian masa kecil untuk menjadi suara kepada watak dalam filem animasi kini menjadi kenyataan dan sangat berbesar hati dapat mewakili Malaysia dalam suntingan khas filem antarabangsa ini!”

Meminjamkan Suara Untuk WAFFLES

Walaupun hanya bahagian “kele-feh” kecil, namun Lee sangat teruja dengan peranan yang diberikan itu sehingga dia mereka sendiri latarbelakang untuk watak berkenaan. Anak kelahiran Subang Jaya, yang membina kerjaya daripada pengacara kepada pelakon membayangkan Waffles adalah anjing yang sangat jujur dari Subang Jaya, Malaysia, dan dibawa oleh pemiliknya yang berpindah ke Metropolis sebagai ekspatriat. Sesuai dengan latar belakangnya, maka Waffles mempunyai loghat Malaysia yang agak pekat.

1sht-DCSuperPets_Teaser

Buat julung kalinya Warner Bros. memilih pelakon suara Malaysia untuk segmen setempat seperti itu dan pastinya penonton akan sangat menghargai sentuhan tempatan yang lucu.

Dalam “DC League of Super-Pets,” Krypto the Super-Dog berkawan baik dengan Superman, berkongsi kuasa super yang sama dan berganding bahu memerangi jenayah di Metropolis. Apabila Superman dan seluruh ahli Liga Keamanan diculik, Krypto mesti meyakinkan pasukan pelindung yang beraneka ragam – Ace si anjing pemburu; PB si babi gendut; Merton si kura-kura dan Chip si tupai – untuk benar-benar menguasai kuasa baharu mereka dan membantunya menyelamatkan wira-wira tersebut.

Sementara menantikan kedatangan filem yang mengujakan ini, penggemar kartun bertema haiwan peliharaan bolehlah menonton Boomerang (Astro Saluran 619) pada hujung minggu bermula dari jam 2 petang dan menstrim haiwan-haiwan comel kegemaran anda di HBO GO untuk lebih banyak hiburan. Seleksi susunan khas yang dinamakan “Pets Unite” menampilkan  Krypto, Scooby-Doo, Tom and Jerry, Sylvester and Tweety dan banyak lagi  pasti akan memeriahkan hujung minggu anda.

1 sht- Ace_KevinHart
1 sht- Krypto_DwayneJohnson
1 sht- Merton_NatashaLyonne

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Awie & Erra Fazira Kembali Disatukan Dalam Showcase Awie Romantika

SYAZWAN SYAHMI

Syazwan Syahmi Hadir Dengan Single Terbaharu ‘SALAHKAHKU’