in , , ,

I’ve Had Enough! Scha Al-Yahya Deactivate Instagram, Netizen & Peminat Mula Buat Spekulasi

Tiada angin tiada ribut, Scha Al-Yahya telah dilihat memadam akaun Instagram miliknya secara tiba-tiba selepas memuat naik sebuah status di Instagram Story yang bertulis “I’ve had enough!”. Kehilangan Scha di media sosial ternyata telah mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan di kalangan peminat serta pengikut instagramnnya. Adakah ini satu gimik atau apa?

Wanita yang sedang berbadan dua selalunya akan dipengaruhi dengan banyak ragam. Selain mengalami alahan, ada kalanya emosi kurang stabil hingga mempengaruhi mood. Begitulah keadaan dialami pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya yang kini sedang hamil lima bulan.

Misteri kehilangan Instagram milik Scha Al-Yahya masih menjadi tanda tanya pada hari ini, sekaligus telah mencetus tanda tanya warganet. Rata-rata warganet mula meluahkan rasa risau terhadap Scha yang kini masih hamil anak kedua dan mula bertanya tentang perkara tersebut di ruangan komen media sosial Awal Ashaari.

Scha Al-Yahya

Hantaran terakhir Scha dengan tulisan ‘I’ve had enough’ mencetus tanda tanya pengikut di laman sosial IG. Kapsyen itu bunyinya seperti Scha sudah penat dengan masalah yang dihadapi di laman sosial Instagramnya atau mungkin sudah bosan untuk berdepan dengan dunia sosial media?

Tidak pasti apa yang berlaku, rata-rata warganet mula meluahkan rasa bimbang terhadap Scha dan bertanya tentang perkara tersebut di ruangan komen di laman sosial Instagram suaminya, Awal Ashaari.

Ramai yang menunggu penjelasan daripada Awal memandangkan Awal antara orang yang paling rapat dengan Scha, sudah tentu Awal tahu keadaan sebenar Scha.

Warganet dan peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram Awal Ashaari dengan bertanyakan ke manakah isterinya itu menghilangkan diri. Ada pula netizen yang membuat spekulasi bahawa Scha bertindak memadam media sosialnya itu mungkin kerana sedang marah atau merajuk.

Scha Al-Yahya

“Kenapa kak Scha dah taka da IG? Siapa buat diaaa? Ni haa aku sumpah tujoh keturunan!”

“Eh ye keee…Tadi siang nampak dia post macam tengah marah.”

“Awal, kenapa Scha Alyahya ni hilang dr IG? Hope she’s doing okay…”

“We always support and always respect her decisions. Hope scha are doing well…Hugssss.”

“Nak kak Ayayaaa balik…Take care kak Ayayaa.”

Antara komen warganet yang ditinggalkan di ruangan komen IG Awal.

Scha Al-Yahya

Selain itu ada juga yang berpendapat laman sosial milik Scha mungkin digodam pihak tidak bertanggungjawab. Meskipun dihujani soalan daripada peminat, Awal tidak tampil memberi sebarang komen di atas perbuatan isterinya itu.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat laman sosial milik Scha di deactivate kerana Awal pernah memberi kenyataan bahawa isterinya mengalami alahan teruk dengan telefon dan sosial media.

“Scha sangat rimas dengan telefon termasuk media sosial, sepanjang tempoh tiga bulan kehamilan.

Malah, turut mempersoalkan mengapa perlu mengemas kini akaun media sosial setiap hari,”

– Awal Ashaari
Scha Al-Yahya

Mungkin juga gangguan hormon ibu mengandung, peminat Scha rata-rata mendoakan kesihatan dan keselamatan aktres itu memandangkan dia kini sedang berbadan dua.

Rata-rata mereka mendoakan kesihatan dan keselamatan Scha, tambahan lagi dia kini sedang berbadan dua.

Setakat ini hanya IG Scha yang memiliki seramai 5.4 juta pengikut sahaja yang ‘hilang’, sementara akaun media sosial Awal dan Lara Alana masih aktif.

Sama-sama kita hormati keputusan Scha dan doakan dia berada dalam keadaan yang baik dan sihat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daus Eli Dedah Kisah Perceraian dalam Video Muzik TAKDIR KITA

Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Belum Sedia Dedahkan Nama & Wajah Anak