in ,

Scha Al-Yahya Perjelas Isu Akaun Instagram ‘Hilang’, Ada Kesilapan Tak Disengajakan

Pengacara terkenal, Scha Alyahya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut dan peminat apabila akaun Instagram milikny yang ‘hilang’ secara tiba-tiba sejak semalam.

Scha Alyahya mengejutkan jutaan followernya apabila hilang dari laman media sosial. Dua hari lalu, akaun Scha Alyahya dilihat sudah lagi tiada atau dah deactivate.

Lebih buat ramai yang rasa risau, entry terakhir Scha Alyahya juga memperlihatkan dirinya seperti kecewa engan sesuatu.

Ini kerana, akaun bintang berkenaan iaitu @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu sudah tidak boleh diakses hingga ada warganet yang mula meluahkan rasa risau terhadap Scha dan mula bertanya mengenai perkara tersebut kepada suami Scha, Awal Ashaari di media sosial.

Lebih menimbulkan tanda tanya, hantaran terakhir Scha pada petang Khamis dengan kapsyen, ‘I’ve had enough’ secara tak langsung membuatkan ramai peminat risau.

Scha Al-Yahya

Lalu, ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga yang menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial.Scha, 37, berkata, apa yang berlaku adalah kesilapan teknikal ketika hendak membuat ‘link’ ke akaun perniagaan Facebook.

“Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

“Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula.

“Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula,”

– Scha Alyahya

Kini sedang mengandung 5 bulan anak kedua, akhirnya Scha Alyahya tampil menerangkan situasi yang berlaku kepadanya.

Akui dirinya agak beremosi kerana sedang mengandung, Scha berkata sebenarnya masalah kehilangan Ig miliknya itu adalah disebabkan masalah teknikal sahaja. Ini kenyataan dari Scha Alyahya.

“Do not worry ya, saya okay. Biasalah, wanita mengandung adakala emosi dan mood tak tentu. Sebenarnya tentang IG tu, saya secara tak sengaja telah deactivate akaun IG sendiri. 

“Masa tu, saya nak upload sesuatu ke akaun media sosial lain. Saya tersilap deactivated akaun kerana cuba nak link kan akaun perniagaan Facebook dengan IG. Kalau nak di cerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya.

“Sekarang ni, dah jadi satu hal pula nak active kan semula akaun tu kerana saya dah lupa password. Saya kini dalam proses nak aktifkan semula akaun tu.

“Nak cerita lanjut kat akaun Awal dan Lara macam tak sesuai pula. Oleh itu, saya kini tgh update semula dan cuba nak aktifkan balik”

– – Scha Alyahya

Menjawab kenapa dia ada tulis tentang I have enough tu, Scha berkata masa tu dia tengah moody. Tapi sejujurnya dia okey sahaja.

“Kepada follower yang tanya atau risau keadaan diri saya ni, I am okay. Memang tak ada langsung niat nak dapat perhatian sesiapa. Tetapi, begitulah orang kata kalau sedang hamil, jiwa dan emosi sering kali tidak stabil” 

“Tentang caption I have enough tu, ianya hal lain. Cuma, kalau orang hamil pun mood dan emosi boleh turun naik, apatah lagi kita manusia biasa”. Itulah penjelasan dari Scha. 

– – Scha Alyahya

Sekarang akaun IG Scha pun dah kembali okey dah. legalah 5 juta follower beliau tu.

Scha Alyahya dan Awal Ashaari dijangka akan menerima kehadiran cahayamata kedua pada tahun depan sekitar bulan Februari.

Walau bagaimanapun para peminat turut mendoakan kesihatan Scha yang kini sedang sarat hamil anak kedua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Nafi Pinjaman RM300 Juta Jaminan Kerajaan

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun