in ,

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun

RAKYAT Brunei sebentar tadi dikejutkan dengan berita duka daripada pihak Istana Brunei yang memaklumkan kemangkatan anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Muda Haji Abdul Azim.

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Haji Abdul Azim dari Brunei mangkat pada 24 Oktober 2020, jam 10.08 pagi. Radio Televisyen Brunei mengesahkan berita itu dalam pengumuman rasmi menerusi laman facebook.

Menerusi laporan yang disiarkan, putera berusia 38 tahun itu mangkat pada jam 10.08 pagi tadi waktu tempatan dan akan dimakamkan di Kubah Makam Diraja hari ini selepas waktu Asar.

Punca pemergian putera kesayangan ramai itu masih belum diketahui.

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun

Laporan dari MEAWW  mengatakan bahawa Pengiran Muda Abdul Azim telah lama berada di hospital. Allahyarham Pengiran Muda Abdul Azim dikebumikan di Makam Diraja di ibu negara hari ini selepas Solat Asar.

Allahyarham merupakan putera kedua Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan Pengiran Isteri Hajah Mariam. Punca kematian tidak diketahui setakat ini. Dia berusia 38 tahun. Berita mengejutkan ini pertama kali muncul di akaun Twitter dan ramai orang berkongsi ucapan takziah.

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun

Penduduk Negara Brunei Darussalam dengan ini diminta untuk mengibarkan bendera kebangsaan pada separuh tiang mulai hari ini dan memulakan tempoh berkabung selama tujuh hari.

Pengiran Muda Abdul Azim merupakan putera kedua Sultan Brunei Hassanal Bolkiah dan Hajah Mariam. Dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada tanggal 29 Julai 1982 dan mendapat pendidikan di Sekolah Antarabangsa Brunei, Raffles Institution, dan Universiti Oxford Brookes, United Kingdom.

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst.

Pangiran Abdul Azim dikenali sebagai seorang yang sangat peduli terhadap kemanusiaan. Pada tahun 2009, beliau telah membuat sumbangan satu badan amal Make A Wish Foundation UK.

Al Fatihah.

Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun
Anakanda Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat di Usia 38 Tahun

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Scha Al-Yahya Perjelas Isu Akaun Instagram ‘Hilang’, Ada Kesilapan Tak Disengajakan

ABPBH 33 Perkenal Anugerah Khas Untuk Kelab Peminat Menerusi Laman Aplikasi TikTok