in ,

SAZZY FALAK, SYED AIMAN, JULIA HANA DALAM DRAMA DOA KAMALIA

KHAS HARI WANITA : DOA KAMALIA PADA 25 OGOS 2008 DI RTM2

Di samping debaran menantikan detik  menjelangnya Kemerdekaan Malaysia yang ke-51, tidak dilupakan juga sambutan Hari Wanita yang disambut setiap tahun bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan peranan aktif wanita Malaysia dalam membangunkan negara ini. Buktinya menerusi penganjuran sambutan Hari Wanita yang juga manifestasi penghargaan dan pengiktirafan terhadap wanita. 
 
Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memelihara dan melindungi hak dan kepentingan kaum wanita, sama ada dengan mengadakan dasar dan perundangan mahupun melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti untuk menunjukkan negara sentiasa komited dan prihatin terhadap kemajuan kaum wanita di Malaysia.

Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan menghargai golongan yang sewajarnya dihargai dan dimuliakan ini dengan menyiarkan drama Khas Hari Wanita Doa Kamalia, Isnin (25 Ogos 2008), jam 09.00 malam di RTM2.

Doa Kamalia terbitan Multilift Film Production Sdn Bhd ini memaparkan kisah wanita bernama Kamalia yang hidup memendam rasa sejak berkahwin dengan kekasihnya, Izwan. Meskipun hubungan yang dibina bersandarkan perasaan cinta yang dipupuk ketika sama-sama melanjutkan pengajian di universiti tetapi segalanya ibarat retak menanti belah gara-gara kegagalan mendapat zuriat.

Usia perkahwinan mereka yang menginjak usia 11 tahun namun masih belum dikurniakan cahaya mata telah menimbulkan campur tangan daripada ibu Izwan, Zaiton. Ketika itu Kamalia seringkali menjadi mangsa sindiran ibu mertuanya itu. Malah Zaiton mula merancang supaya Izwan bernikah satu lagi dengan gadis pilihannya dikenali sebagai Ramlah. Apatahlagi Ramlah juga sebenarnya menyimpan hati terhadap Izwan.

Tetapi Izwan sebenarnya memiliki calonnya sendiri iaitu Rozita, setiausaha syarikat di sebuah firma hartanah. Rozita menggunakan kesempatan yang ada memujuk Izwan menikahinya secepat mungkin dengan alasan mahu mendapatkan waris zuriat.

Rancangan menikahi Rozita disampaikan kepada Farid, teman baiknya. Namun kenyataan Farid menyedarkan Izwan bahawa dia tidak seharusnya mementingkan diri dengan mengetepikan perasaan isterinya, Kamalia. Apatahlagi sebelum ini Farid sanggup melepaskan Kamalia ke tangan Izwan kerana mengutamakan perasaan wanita itu yang bersungguh menyintai Izwan. Sebaliknya penantian Kamalia untuk mendapatkan zuriat pertama mereka tidak pernah padam. Dia seringkali berusaha dan berdoa tanpa jemu selepas solat agar hajatnya dimakbulkan Allah.

Hinggalah pada satu hari Kamalia disahkan hamil. Berita itu disambut gembira oleh Izwan namun segalanya tidak lama kerana pada situasi itu dia terpaksa memilih samada nyawa isterinya atau zuriat yang dinanti-nantikan kehadirannya selama ini kerana doktor mengesahkan kandungan isterinya lemah dan terdapat risiko pendarahan yang akan membawa maut.

Adakah kedua-dua insan kesayangan Izwan dapat diselamatkan? Bagaimana pula situasi Kamalia berdepan dengan kenyataan terpaksa memilih anaknya lahir ke dunia atau sebaliknya?

Doa Kamalia menyaksikan penghayatan watak yang mantap daripada Sazzy Falak, Syed Aiman, Julia Hana, Fauzi Nawawi, Aripah Damanhuri, Mira Normila dan Kunie.

Jangan lupa menyaksikan kesudahan drama Khas Hari Wanita Doa Kamalia, Isnin (25 Ogos 2008), jam 09.00 malam di RTM2.

[tags]Sazzy Falak, Syed Aiman, Julia Hana, Fauzi Nawawi, bali holidays, batubulan, Dynaz, faradhiya bertakhta di hati, jimbaran, kecak dance, kenaikan bahan bakar minyak bbm, kintamani, kuta, macet, ngurah rai, nusa dua, nusa penida, Aripah Damanhuri, Mira Normila, Kunie[/tags]

9 Comments

Leave a Reply
  1. betul3……dalam tv tgk..pergh….haram baik nye betina…kat luar..korang jgn ckp r….cam shiallll………!!

  2. baru kejap td tgk drama ulangan ini kat TV2… first time tgk… sgt touching, ok… tahniah kpd mereka yg mjayakan drama ini… sedih laaaaaaaaaaa… huwaaaaaaaaaaaa

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

ROLLING LOVE LAKONAN JIRO WANG, TANG YU ZHE, GENIE ZHUO

FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA