in ,

“Saya Terlalu Mabuk”- Tangisan Iringi Penjelasan Daud Kim Atas Tuduhan Merogol

Nama Daud Kim, menjadi trending beberapa hari ini setelah pengguna TikTok wanita menuduhnya cubaan rogol. Setelah berdiam diri seketika, YouTuber berasal dari Korea Selatan itu menjelaskan beberapa tuduhan yang dibuat terhadapnya di internet.

Bekas penyanyi dan YouTuber dari Korea Selatan, Daud Kim, telah menjadi trending di Twitter sejak semalam 23 Ogos lalu. Ini gara-gara seorang pemilik akaun Twitter telah menuduh Daud Kim merogolnya setahun lalu dan memuat naik video dan mendedahkan semula rakaman pendek sebagai bukti tuduhannya itu.

Dalam video pendek tersebut, wanita ini mendedahkan Daud Kim cuba merogolnya ketika dia sedang tidur.

Pengakuan wanita ini dibuat menerusi sebuah video TikTok, di mana dalam video tersebut merakam kelibat seorang lelaki yang disebut sebagai Daud Kim. Lelaki itu dalam keadaan separuh bogel sedang memakai seluar dalam di hujung tangga.

Dipercayai kes itu telah berlaku pada sekitar Jun 2019. Pendedahan rakaman tersebut mula dimuatnaik semula kerana pihak polis negara itu didakwa tidak mengambil tindakan. Jadi, mangsa bertindak untuk viralkan semula video tersebut untuk mendapatkan keadilan.

Untuk korang yang tak tahu, Daud Kim mula meraih populariti di Malaysia selepas dia memeluk agama Islam tahun lalu dan pengikutnya di YouTube telah naik mendadak hingga 2 juta subscriber sejak itu. 

Daud Kim menjadi terkenal sejak dia membuat video tentang mengapa orang Korea memerlukan Islam. Dia memutuskan untuk memeluk agama Islam pada bulan September 2019. Dia menjadi tertarik dengan Islam setelah berkunjung ke Indonesia.

Mangsa mengakui mempunyai bahan bukti tindakan suspek. Youtuber itu bagaimanapun telah memadam permohonan maaf atas tindakannya dan menyekat (blocked) akaun media sosial mangsa. Permohonan maaf tersebut dipercayai untuk memanipulasikan pengikutnya di laman Youtube.

Difahamkan wanita ini bersama rakan-rakannya berkunjung ke Korea untuk bercuti. Tidak dapat dipastikan apakah hubungan mereka dengan Daud Kim. Namun, wanita ini berkata,  kerana kelakuan tidak senonoh Daud Kim, percutian mereka dihantui rasa trauma.

Hampir setahun kejadian itu, mangsa akan bertindak untuk mengemukakan saman demi mendapatkan keadilan ke atas dirinya.

Pengakuan ini pernah didedahkan seorang lagi pengguna Twitter yang mengakui merupakan sahabat kepada mangsa. 

Tambahnya, Youtuber tersebut bertindak telah merogol mangsa di sebuah apartmen.

Suspek dikatakan mabuk dan dibantu oleh dua kenalan wanita dan dibawa pulang ke rumah mereka. Mereka telah memberi air dan sedikit makanan kepada Youtuber itu bagi menyedarkan suspek semula daripada mabuk. Malang, lain pula yang terjadi.

Disebabkan kecaman yang dia terima akibat tuduhan ini, Daud Kim telah memuat naik video membuat permohonan maaf terbuka kepada wanita yang menuduhnya itu.

“Pada 27 Jun 2019, saya minum sendirian di sebuah kelab di Hongdae, dan saya bertemu dengan 2 orang gadis di sana. Kami bercakap dan bertukar nombor. Beberapa jam kemudian, saya menghantar teks kepada salah seorang dari mereka, mengatakan bahawa saya ingin bertemu dengannya. Dia memberi saya alamat rumahnya dan mengizinkan saya datang,”

Daud Kim
"Saya Terlalu Mabuk"- Tangisan Iringi Penjelasan Daud Kim Atas Tuduhan Merogol
Daud Kim menjelaskan lagi bahawa ketika itu dia dalam keadaan terlalu mabuk.

Dalam video ini, YouTuber berusia 37 tahun ini mengatakan, dia tak ingat yang dia pernah menyakiti wanita itu kerana dia dalam keadaan mabuk namun dia ingat yang dia telah diajak untuk pergi ke tempat tinggal wanita itu di Hongdae.

Dalam video yang dimuatnaik di Youtube Daud Kim itu, Daud berkata bahawa percubaan serangan seksual itu sebenarnya adalah satu kemalangan. Selepas pihak polis membuat siasatan, Daud Kim memberitahu dia berjumpa dengan mangsa wanita dan meminta maaf.

“Kerana saya terlalu mabuk dan dalam keadaan tidak baik, dia ingin menjaga saya. Setelah berbual sedikit, saya tertidur di sofa dan kemudian saya pengsan. Selepas saya bangun, saya teringat seseorang menjerit kepada saya. Mereka memberitahu bahawa mereka akan melaporkan saya kepada polis. Saya benar-benar panik sehingga saya bergegas keluar dari tempat itu. “

– – Daud Kim
"Saya Terlalu Mabuk"- Tangisan Iringi Penjelasan Daud Kim Atas Tuduhan Merogol

Sebelum ini, wanita yang dikenali sebagai seorang TikToker @Kurapikacult, telah memuat naik bukti video selepas Daud Kim dikatakan telah melanggar perjanjian mereka dengan memadam permohonan maaf asal mengenai insiden itu di Instagram miliknya.

Di dalam video penjelasannya, Daud Kim mengaku yang dia telah memadam posting tersebut kerana takut dikecam peminat.

Ketika insiden ini juga, wanita tersebut telah membuat laporan namun ditarik balik selepas kedua-dua pihak membuat perjanjian yang dipersetujui.

“Pada mulanya saya fikir saya tidak melakukannya. Kerana saya tidak ingat dan saya tahu saya bukan orang jahat itu. Tetapi setelah saya mendengarnya, saya merasa bersalah, ”- kata YouTuber dengan nada menyesal.

– – Daud Kim

Namun, wanita ini telah menolak permohonan maaf ini dengan mengatakan dia ada hak untuk bercakap tentang serangan seksual itu kerana lelaki itu telah memadam video asal permohonan maaf mengharapkan supaya orang lain lupa akan kejadian tersebut.

Kalau korang nak tahu, permohonan maaf asal yang telah dipadamkan oleh Daud Kim sebelum ini berbunyi “saya dah buat salah dan ia telah diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak. Jadi untuk kebaikan bersama, minta perkara ini tak disebut lagi.”

Dalam video yang didedahkan oleh wanita itu pula menunjukkan seorang lelaki mengumpulkan barangnya dan memakai seluar sementara suara wanita menangis jelas kedengaran.

Daud Kim turut menjelaskan yang insiden ini berlaku sebelum dia membuat keputusan untuk memeluk Islam dalam video permohonan maafnya semalam.

Bagi peminat-peminat lelaki ini di Malaysia pula, ada sebahagian yang kecewa dengan tindakan lelaki ini dan ada juga yang sedia memaafkan dengan alasan “semua orang buat salah.”

Dalam video itu, Daud dilihat mengalirkan air mata sambil meminta ampun maaf kepada Tuhan serta para subscriber dan peminatnya. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokongnya dalam masa yang sukar seperti ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kanye West Dikecam Gara-Gara Adidas Yeezy Boost Israfil & Asriel

Betul Ke Laman Sesawang Myhackathon Oleh Khairy Jamaluddin Telah Digodam?