in ,

Betul Ke Laman Sesawang Myhackathon Oleh Khairy Jamaluddin Telah Digodam?

Baru-baru ini, Khairy Jamaluddin telah melancarkan website MYHackathon. Ia salah satu usaha untuk mengalakkan para pembangun, syarikat pemula dan sebagainya hadir dengan idea dan penyelesaian untuk mendigitalkan perkhidmatan kerajaan.

Hanya sekitar 52% perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan secara atas-talian sepenuhnya. Sementara berbaki 48% masih tidak ditawarkan secara atas-talian, atau tidak menawarkan perkhidmatan digital sepenuhnya.

Melalui MYHackathon, kerajaan ingin orang ramai mahupun syarikat pemula untuk membangunkan penyelesaian dan menambah-baik lagi perkhidmatan kerajaan dalam dunia digital hari ini.

MyHackathon ditawarkan dalam dua pilihan, iaitu “Sprint” dan “Marathon”. 

Pilihan “Sprint” lebih ditujukan untuk pembangunan jangka masa pendek, sementara “Marathon” untuk pembangunan idea sehingga penubuhan syarikat dan penerimaan geran.

Untuk Sprint, ia menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM10,000, sementara untuk Marathon ia menawarkan geran sehingga RM250,000.

Bagi anda yang berminat, boleh menyertai MYHackathon bermula 12 September ini.

Mungkinkah, website tersebut telah diserbu rakyat Malaysia memandangkan MYHackathon menawarkan geran sehingga RM 250,000?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Terlalu Mabuk”- Tangisan Iringi Penjelasan Daud Kim Atas Tuduhan Merogol

Permohonan Tubuh Yayasan Belajar Al-Quran Diluluskan, Rizalman Luah Rasa Sebak