in ,

Pejam Celik Pejam Celik Umat Islam Malaysia Mula Berpuasa Esok

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan memulakan ibadah puasa pada 23 Mac 2023 (Khamis).

“Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Khamis, 23 Mac 2023,” katanya sebentar tadi.

Terdahulu, menurut pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah menetapkan tarikh permulaan puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan, jawatankuasa berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara hari ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Tak Pernah Cakap Suami Saya Curang, You All Yang Fitnah Suami Saya,”

Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Ira Kazar Bakal Saman JAWI