in , ,

“Saya Tak Nak Cakap Lebih, Takut Lukakan Hati Ramai Pihak,”– Shuib

Sebelum ini, pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia tidak mungkin kembali menyertai program Sepahtu Reunion serta mengatakan hanya pihak produksi yang lebih tahu sebabnya.

Kemudian, beberapa hari lalu, menerusi satu berita pelawak Rahim berkata pihaknya terbuka jika Shuib ingin menjayakan program itu atau sebarang kerjasama di masa akan datang.

Memetik Harian Metro, bagaimanapun Shuib berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana bimbang akan mengguris hati banyak pihak.

“Kena tanya Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, kenapa saya tiada pada program Sepahtu Reunion. Rasanya untuk isu ini baik Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh atau JR yang jawab. Boleh tanya dia kenapa saya keluar Sepahtu Reunion.

“Sebab yang dulu pernah bagi jawapan pihak pengurusan tertinggi, yang lain semua dalam tu kawan-kawan. Kami semua baik. Saya tak nak cakap lebih mengenai ini sebab takut nanti melukakan hati ramai pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata pihaknya pernah memujuk Shuib untuk kembali serta menyifatkan ketiadaan pelawak itu adalah satu kehilangan besar.

“Sudah tentu pernah cuba pujuk dia. Namun kerana komitmen dan fokus utama Shuib kini adalah pada perniagaan, maka kami menghormati keputusan itu. 

“Kami sentiasa terbuka dan berbesar hati untuk Shuib kembali bekerjasama dalam Sepahtu Reunion andai diizinkan Allah. Shuib tetap memberi sokongan kepada kami dan Sepahtu. Dia pernah muncul sebagai cameo dalam salah satu episod Sepahtu Reunion Live musim lalu,” katanya.

Terdahulu, Rahim berkata tidak timbul isu bermasam muka biarpun Shuib tidak lagi bersama program Sepahtu Reunion.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Miss Universe Malaysia

Lesley Cheam From KL Crowned As Miss Universe Malaysia 2022

Lee Minho

Lee Minho & Siti Nurhaliza Meriahkan Konsert Ulangtahun CUCKOO