in , ,

“Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Cari Saya,” – Shahrol Shiro

Pelawak, Shahrol Shiro menepis dakwaan sesetengah pihak yang turut mengaitkannya dengan jenayah pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seksual yang tular Ahad lalu.

Beberapa pelawak terkenal termasuk Shahrol Shiro telah dituduh sebagai pelaku dalam kes pemerdagangan wanita atas tujuan seks baru-baru ini.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie bin Azmi, 37, berkata dia telah dihubungi oleh teman rapatnya berkaitan dengan kes tersebut. Tambahnya, namanya juga sudah terpalit dengan kontroversi itu apabila ada beberapa pihak cuba menuduhnya.

Shahrol menerusi Instagramnya menegaskan dia bukan individu terlibat dan memohon orang ramai tidak mengaitkannya dengan isu tersebut.

"Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Cari Saya," - Shahrol Shiro

“Beberapa sahabat termasuk bertanya adakah itu saya dan saya telah menjelaskan… ITU BUKAN SAYA”.

– Shahrol Shiro

Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen-komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa-dosa yang lain kerana saya dah memaafkan anda”. tulisnya.

Pelawak yang berusia 37 tahun ini juga berkata dia sedia memaafkan mereka yang menuduhnya dan tidak menyimpan dendam. Tambahnya, dia berterima kasih kerana ada pihak yang masih mengambil berat tentangnya.

“Buktinya saya masih umur bawah 40an, muda kan? Sekian terima kasih kerana mengambil berat pasal saya.”

– Shahrol Shiro

Terdahulu, seorang pelawak terkenal ditahan polis Ahad lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas Tauke & Shahrol, Netizen ‘Petik’ Nama Joey Daud, Sekali Isteri Joey Tunjuk Ini

Kaka Azraff Umum Bakal Timang Cahaya Mata Kedua