in ,

“Saya Boleh Mati Bila-Bila Sahaja” – Bob Lokman

Peminat dunia hiburan pasti mengetahui yang pelakon, pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman ketika ini sedang bergelut penyakit jantungnya.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman memaklumkan yang dia sebenarnya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut.

Memilih untuk bertawakal dan berserah kepada yang Maha Esa, Bob dalam masa sama turut memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya sebelum ini yang membuatkan sesiapa terguris hati.

“Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.

“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,”

– Bob Lokman

Tambah Bob dia baru sahaja keluar dari hospital selepas dimasukkan gara-gara pitam sewaktu sedang mengambil wudhu.

“Saya mengalami masalah jantung sejak 1998. Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.

“Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah,” katanya lagi.

– Bob Lokman

Menurut doktor yang merawat jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.

Perlu Alat Kawalan Degupan Jantung Berharga RM 60,000

“Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung,”

– Bob Lokman

Namun kos pemasangan alat IACD di bawak mungkin mencecah RM60,000 justeru dia kini memerlukan bantuan dana untuk melakukan prosedur tersebut.

Buat anda yang ingin menyumbang, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybak bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Primeworks Studios Umum Kolaborasi Bersama WeTV Malaysia

Datuk Alif Satar Sembuh Covid-19, Sudah Dibenarkan Pulang Ke Rumah