in , ,

Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

DYTM Raja Muda Selangor Perkenan Menobatkan 3 Usahawan Selangor Selaku Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

SAY ASPIRE merupakan sebuah program pembangunan usahawan untuk belia yang berpotensi mengembangkan produk dan khidmat mereka ke pasaran global melalui kursus bimbingan dan latihan strategi eksport. 

Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

Ini merupakan kali keempat program SAY ASPIRE diadakan sejak 2018 yang dianjurkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor melalui agensi baginda Selangor Youth Community (SAY) yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Program edisi pada tahun ini bermula Mac sehingga Mei 2023 dan memberi impak kepada 30 usahawan IMKS di Selangor yang bersedia untuk menerokai pasaran global. 

Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

Antara kriteria ialah syarikat hendaklah beroperasi di Selangor, pengarah syarikat berumur 18-40 tahun, tidak diisytiharkan muflis dan/atau disenarai hitam. 

Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

Program ini merupakan kerjasama di antara EXCO Pembangunan Usahawan Selangor dan Selangor Youth Community, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh DYTM Raja Muda Selangor untuk membangunkan usahawan belia ke persada antarabangsa. 

Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

Usahawan-usahawan di Selangor hendaklah melalui 2 peringkat penilaian dan pembentangan, dan hanya 10 syarikat telah terpilih untuk menyertai pembentangan akhir di program SAY ASPIRE Pitch Finale.

Pembentangan akhir ini dijuri oleh barisan panel yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan dan eksport: 

  • Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor
  • YBrs. Encik Abu Bakar Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE
  • YBrs. Encik Rizal Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation
  • YBrs. Dr Nurliza Mohd Mydin, Ketua Pegawai Strategi EXIM Bank
  • YBrs. Puan Wan Norma Wan Daud, pakar eksport dari Malaysian Exports Academy

SAY ASPIRE Pitch Finale menawarkan beberapa ganjaran berimpak tinggi kepada 3 pemenang utama iaitu tajaan penerbangan ke negara yang dipilih untuk tujuan promosi dan rundingan perniagaan, akses kepada pasukan perolehan, bimbingan khas secara individu untuk membantu usahawan mematerialisasikan impian eksport mereka, peluang imbuhan dan pelaburan perniagaan, rangkaian kolaborasi bersama agensi yang berkaitan, trofi dan sijil. 

Pemenang Tempat Pertama: Global Haltech Sdn Bhd

Pemenang Tempat Kedua: MGR Malaysia Sdn Bhd

Pemenang Tempat Ketiga: H&S Delight (M) Sdn Bhd 

Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

Senarai 10 syarikat belia yang betanding di SAY ASPIRE Pitch Finale mengikut turutan pembentangan: 

Senarai Nama Syarikat 

  • My Innovative Wellness Sdn Bhd
  • Global Haltech Sdn Bhd
  • Respected Citizen Sdn Bhd
  • Nibou Industries (M) Sdn Bhd
  • Elma Food Manufacturing Sdn Bhd
  • MGR Malaysia Sdn Bhd
  • Xierra Holding Sdn Bhd
  • Inah Rasa Sdn Bhd
  • H&S Delight (M) Sdn Bhd 
Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat
Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat
Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiket ‘Sold Out’, Rossa Tambah Satu Malam Lagi Konsert ANOTHER JOURNEY

Pendatang Baru NaKie Lancar Single Pertama Berjudul PULANG