in , ,

Pendatang Baru NaKie Lancar Single Pertama Berjudul PULANG

NaKie penyanyi baru yang mempunyai “musical sense” yang kuat sedang berusaha mengukir nama dalam industri muzik tanah air. Anak kelahiran Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Rawang, Selangor.

Pemegang Diploma Teknologi Elektronik Kolej Vokasional ini sangat gemarkan sukan bola sepak serta meminati bidang muzik yang mendalam dengan pelbagai genre muzik. 

NaKie pernah menjadi juara program realiti tv anjuran TV3 “Lagu Cinta Kita 2019” bersama pasangannya Ayuni Sapuan. 

Pendatang Baru NaKie Lancar Single Pertama Berjudul PULANG

Mulanya tertarik pada genre rock, turut menjadikan Aweera dan Dato’ Awie sebagai “Idol”, NaKie berani mempertaruhkan genre Pop Moden dengan sedikit elemen “Electronic Dance Music” dalam ‘single’ pertamanya bertajuk “Pulang”. 

Mencari kelainan dan cuba untuk menepati piawaian “Industri Standard” NaKie mengekspresikan “Pulang” yang dicipta oleh Mim Hamzah/Sternistic Mike, manakala lirik ditulis oleh Mim Hamzah/L.Lewis. 

Karya bergenre Pop Moden, mendapat sentuhan “sessiont musician” yang professional iaitu Helmi Shahuddin (Emy Pakok), susunan muzik oleh Wan Saleh dan Sternistic Mike selaku penerbit. Dengan penampilan “Rugged Streetwear” di dalam video muzik, “Pulang” bakal menjanjikan kepuasan berterusan kepada penggemar muzik tanah air. 

Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAP MUSIC dan pengurusan Shoreline Resources, NaKie sangat teruja dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan single “Pulang” khususnya pihak penerbit dan produksi. “Pulang” akan dapat dilayari melalui Youtube channel MAP MUSIC dan Digital Streaming Platforms bermula 26 Mei 2023. 

MAP MUSIC & Shoreline Resources juga bakal memperkenalkan 4 lagi penyanyi baru pada tahun ini iaitu Halida Ramlee, Syam Rahim, Ekhmal dan Ivaniea Shaffiq yang mana produksi untuk ‘single’ mereka sedang dalam pembikinan. 

NaKie bersama 4 penyanyi baru tersebut mengucapkan terima kasih kepada pihak media serta berharap kehadiran mereka dalam industri muzik tanah air dapat diterima sebaiknya.

    LIRIK PULANG – NAKIE 

    3’51”

    Lagu: Mim Hamzah, Sternistic Mike (Media Asia Production Sdn Bhd)

    Lirik: Mim Hamzah, L.Lewis (Media Asia Production Sdn Bhd)

    Kau selalu

    Ada di hati ku

    Tersembunyi dalam

    Setiap nafas yang ku hela

    Dan tak pernah

    Ku merasa lelah

    Dalam diam kamu aku

    Merasakan yang sama

    Bertahanlah kamu

    Ku tahu kita saling merindu

    Jangan pernah lupakan

    Aku yang selalu menenangkan mu

    Cepat pulang

    Cepat pulang cepat pulang 

    Dalam Peluk ku

    Larut kan semua

    Rasa sentuhan ku yang 

    Mendamaikan jiwa mu

    Cepat pulang

    Cepat pulang cepat pulang dalam peluk ku

    Larut kan rasa

    Leburkan saat kita menyatu..

    Written by Budiey

    Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

    SAY ASPIRE

    Say Aspire Umum Pemenang Program Say Aspire Edisi Keempat

    ISMAIL IZZANI

    Sinopsis Drama Bersiri Bukan Hanya Sekadar Cinta di TV3 Lakonan Ismail Izzani