in ,

Satu Post IG Cristiano Ronaldo Bernilai RM3.69 Juta, Ini Top 20 Dari Kalangan Atlet

Cristiano Ronaldo telah menduduki tempat teratas dalam senarai ‘Rich Rich List’ di arena sukan untuk satu hantaran/post di Instagram/IG. Setiap post Ronaldi di IG, beliau secara purata akan memperolehnya sekitar $889,000. Superstar Juventus mempunyai pengikut paling ramai mana-mana ahli sukan di platform, dengan 239 juta.

HopperHQ melaporkan bayaran Ronaldo sebanyak $ 889,000 (RM3.69 juta) untuk setiap pos menjadikannya  paling power mengatasi Neymar di tempat kedua, yang memperoleh $ 704,000.

Seteru lama Cristiano Ronaldo iaitu Lionel Messi menduduki tempat ketiga sementara David Beckham dan bintang NBA LeBron James berada di kedudukan lima teratas.

Cristiano Ronaldo-2020

Beckham adalah pesara sukan yang paling tinggi pendapatan menerusi setiap post di IG.

Menariknya, pemain sayap Tottenham Hotspur Gareth Bale berjaya menduduki tempat sepuluh teratas walaupun jarang muncul beraksi dalam beberapa musim ini.

Instagram adalah lubuk duit bagi ramai pihak termasuk figura popular seperti Ronaldo.

Mereka menjana pendapatan menerusi publisiti mereka. Bayangkan hanya dengan satu gambar Ronaldo yang tidak berbaju memakai seluar pendek dan cermin mata Nike. Itu sudah cukup untuk membuatkan beliau mendapat jutaan ringgit daripada nilai post itu.

Jadi kepada korang yang nak mempromosi produk korang dekat IG Cristiano Ronaldo, sudah boleh siapka wang dalam RM3.69 juta.

Di kalangan atlet sukan, hanya Ronaldo dan Neymar berada dalam 10 teratas. Dan yang lain dikuasai oleh artis Hollywood.

Ronaldo berada di ketiga di belakang The Rock dan Beyonce dalam senarai penuh.

sport ig

Berikut adalah purata pendapatan 20 atlet sukan untuk setiap post mereka di IG.

Lihat senarai penuh atlet di bawah.

1. Cristiano Ronaldo (Bola Sepak) – $889,000 / RM3.69 juta setiap post

2. Neymar (Bola Sepak) – $ 704,000 / RM2.92 juta setiap post

3. Lionel Messi (Bola Sepak) – $ 695,000 / RM2.88 juta setiap post

4. David Beckham (Bola Sepak) – $ 339,000 / setiap post

5. LeBron James (Bola Keranjang) – $ 307,000 / RM1.41 juta setiap post

6. Virat Kohli (Cricket) – $ 296,000 / RM1.23 juta setiap post

7. Ronaldinho (Bola Sepak) – $ 238,000 /RM986k setiap post

8. Gareth Bale (Bola Sepak) – $ 200,000 / RM829k setiap post

9. Zlatan Ibrahimovic (Bola Sepak) – $ 200,000 / RM829k setiap post

10. Mohamed Salah (Bola Sepak) – $ 180,000 / RM746k setiap post

11. Luis Suarez (Bola Sepak) – $ 176,000 / RM730k setiap post

12. Conor McGregor (MMA) – $ 170,000 / RM705k setiap pos

13. Stephen Curry (Bola Keranjang) – $ 142,000 / RM589 setiap post

14. Floyd Mayweather (Tinju) – $ 108,800 / RM448k setiap post

15. Sergio Aguero (Bola Sepak) – $ 63,500 / RM263k setiap post

16. Ronda Rousey (MMA) – $ 60,300 /RM250k setiap post

17. Serena Williams (Tenis) – $ 57,300 / RM238k setiap post

18. Kevin De Bruyne (Bola Sepak) – $ 51,600 / RM 214k setiap post

19. Simone Biles (Gimnastik) – $ 17,800 / RM74k setiap post

20. Kelly Slater (Surfing) – $ 12,5000 / RM52k setiap post

21. Ryan Sheckler (Skateboarding) – $ 10,200 / RM42k setiap post

22. Max Holloway (MMA) – $ 9,700 / RM40k setiap post

23. Lindsey Vonn (Skiing) – $ 9,300 / RM 39k setiap post

24. Shaun White (Snowboarding) – $ 6,600 / RM27k setiap post

Sumber: HopperHQ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lemah Bercakap Bahasa Inggeris, Zarina Anjoulie Mahu Ludah Netizen Kutuk Safawi

Bintang Terkenal Nicole Kidman & Hugh Grant Bergabung dalam THE UNDOING di HBO