in , ,

Sasha Saidin Akhiri Zaman Janda, Nikah dengan Sirhan Wahab Duda Anak Dua

SELEPAS lapan tahun menjanda, pelakon Sasha Saidin sah bergelar isteri kepada Sirhan Wahab dengan sekali lafaz di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada malam, Isnin.

Sasha, 43, dinikahkan oleh adiknya yang juga pelakon Zain Saidin, 36, kira-kira pukul 9.29 malam.

Pengantin perempuan menerima RM1,000 sebagai mas kahwin beserta lima berbalas tiga dulang hantaran. Selain itu Sasha juga menerima wang hantaran berjumlah RM10,000.

Majlis pernikahan itu diadakan secara sederhana dengan dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan media.

Pada majlis yang penuh bermakna ini kakak kepada pelakon Zain Saidin itu memilih persalinan rekaan Yann Creation By Yani Bakhtiar dan ditata rias oleh Wira Kastrya.

Selepas berkahwin, Sasha akan mengikut suaminya yang juga duda anak dua itu berhijrah ke sebuah negara di Asia Barat.

Sebelum ini, Sasha merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya itu bagi menghormati kehidupan peribadi Sirhan yang tidak biasa dengan dunia hiburan.

Sasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner pada 21 Jun 2003 di London namun bercerai empat tahun selepas itu.

Kemudian, Sasha berkahwin dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono yang berasal dari Indonesia pada 2007 namun berpisah talak satu pada 10 Julai 2012.

Bekas anggota kumpulan Elite itu mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 11 tahun.

Sumber: mStar Online

Sasha Saidin Nikah

Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha Saidin, 43, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Sirhan Wahab, 42, di sebuah premis acara di sini, pada jam 9.28 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan adik Sasha, Zain Saidin di hadapan ahli keluarga.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran bernilai RM10,000.

Sasha bersyukur majlis pernikahan dirancang, dipermudahkan.

“Sekarang, saya kembali memikul tanggungjawab sebagai isteri. Doakan kebahagiaan kami,” katanya kepada BH Online.

https://flic.kr/p/2ihTne7

Sasha berkata, dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja dalam sektor kewangan di negara itu.

“Ia ibarat pengembaraan baharu yang bakal kami lalui. Namun, pada masa sama, saya rasa gementar,” katanya.

Tambah Sasha, dia mengenali Sirhan sejak di bangku sekolah.

“Jika diikutkan, ketika menuntut di sekolah menengah, kami lebih banyak memendam rasa. Hanya pada tahun lalu, hubungan kami jadi lebih akrab,” katanya.

Sasha berkata, majlis pernikahan dirancang sederhana dan mengutamakan perkara wajib.

Sasha Saidin Nikah
Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang THE GHOST BRIDE di Netflix

Netflix Kini Mempunyai Lebih 167 Juta Pelanggan Berbayar