in ,

Netflix Kini Mempunyai Lebih 167 Juta Pelanggan Berbayar

Tahun lalu Netflix akhirnya mempunyai pesaing besar dalam dunia penstriman video selepas Disney+ dilancarkan secara terhad di beberapa pasaran dunia. Pada tahun 2020 cabaran akan semakin meningkat dengan pelancaran HBO Max pula pada bulan Mei.

Pagi ini Netflix menerbitkan laporan kewangan mereka untuk suku keempat 2o19 dan buat masa ini mereka masih mampu menambah jumlah pengguna.

Horse Girl

Sehingga penghujung 2019, mereka mempunyai 167.1 Juta pengguna berbayar dengan 8.4 juta pelanggan baharu adalah dari pasaran luar Amerika Syarikat.

Ini adalah jumlah yang lebih tinggi berbanding sasaran asal mereka iaitu 7 juta pelanggan baharu.

Untuk suku pertama 2020 pula Netflix menyasarkan untuk menambah sebanyak tujuh juta lagi pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sasha Saidin Akhiri Zaman Janda, Nikah dengan Sirhan Wahab Duda Anak Dua

iflix Perkenal Saluran Baharu LEKLU Kepada Semua Pelanggan Secara Percuma