in ,

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu. Ikatan perkahwinan selama lima tahun antara bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto terlerai selepas mereka sah bercerai pada Selasa.

Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-keduanya bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah yang menyabitkan lafaz cerai itu sebagai sah memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Sasha dan Saylo dilihat menitiskan air mata sejurus lafaz cerai dibuat.

Pasangan terbabit mengambil keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu
Salyo dan Sasha yang ditemani ibunya menunggu diruang mahkamah sebelum prosiding perceraian mereka bermula. Foto MOHD AL QAYUM AZIZI
Sebelum itu, ketika ditanya Sahiful Azli mengenai alasan plaintif (Sasha) ingin memohon cerai daripada suaminya, Sasha enggan mendedahkan sebab di dalam kamar sebaliknya meminta kebenaran mahkamah untuk memberikan nota sebab-sebab penceraian kepada hakim.

Pihak plaintif dan defendan (Salyo) juga memberitahu mahkamah mereka telah berusaha menyelamatkan keadaan rumah tangga mereka dan mengambil keputusan untuk bercerai kerana ia paling sesuai buat mereka.

“Berat hati saya untuk melafazkan cerai tetapi mungkin ini adalah yang terbaik buat kami berdua dan semoga kami berdua mendapat pengajaran dan hidayah daripada keputusan ini,” kata Salyo.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan Salyo untuk membayar edah sebanyak RM300 selama tiga bulan kepada Sasha dan pihak defendan bersetuju untuk memberikan nafkah anak sebanyak RM500 sebulan.

Sasha dan Salyo yang merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.

Sebelum perkahwinan itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka berpisah empat tahun kemudian.

Bekas anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin enggan mendedahkan punca sebenar masalah rumah tangganya dengan bekas suami, Salyo Priyanto sehingga menyebabkan kepada penceraian.

Sasha berkata, dia tidak perlu berbuat demikian kerana ingin menjaga nama baik bekas suaminya itu dan perpisahan mereka juga dibuat secara baik.

“Sebagai seorang Islam tidak perlu saya membuka pekung tentang apa yang berlaku di antara kami tambahan pula kes ini sudah pun selesai. Apa yang boleh saya katakan, kami berdua telah mengambil pelbagai langkah seperti mendapatkan nasihat keluarga dan berusaha memperbaiki keadaan rumah tangga kami tetapi malangnya penceraian adalah yang terbaik buat kami berdua.”

Tambah Shasha, atas alasan itu juga dia memohon kepada mahkamah untuk membenarkan dia memberikan sebab perceraian mereka menerusi nota bertulis kepada hakim tanpa perlu mendedahkannya di dalam mahkamah secara terbuka.

“Sejujurnya saya tidak tahu cara itu boleh digunakan dan bersyukur kerana hakim menerima nota itu tanpa perlu saya mendedahkan sebab dan punca mengapa saya memohon untuk bercerai.”

Pada Selasa, Salyo, 37, seorang warga Indonesia melafazkan cerai dengan talak satu terhadap Sasha, 36, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak di sini, selepas kedua-kedua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka secara baik.

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu
Lafaz dibuat dihadapan Hakim Shaiful Azli Jamaluddin pada pukul 2.55 petang dan mahkamah mengesahkan lafaz cerai itu serta memerintahkan Sasha untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Sasha dan Salyo dilihat menitiskan air mata sejurus selepas lafaz cerai dilakukan.

Dalam pada itu, Sasha berkata, dia tidak pernah menyesali dengan apa yang terjadi dalam perkahwinannya kerana ia dibina berdasarkan kasih sayang dan tumpuannya kini diberikan kepada anak tunggal mereka iaitu, Adam Aryasenna Notosoemarsono, yang berusia tiga tahun.

Sasha berkata, dia dan bekas suaminya telah sepakat untuk menolak ke tepi masalah mereka berdua dan akan kekal sebagai sahabat demi masa depan anak mereka.

“Kami menyayangi anak kami lebih dari segala-galanya dan dia tidak sesekali akan diabaikan kerana masalah yang menimpa kami berdua. Hubungan saya dengan keluarga bekas mertua juga masih kekal baik dan sentiasa menganggap mereka sebagai keluarga saya malah mereka akan datang ke Kuala Lumpur minggu hadapan untuk bertemu dengan kami.”

Sasha turut menjelaskan, keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui masalah yang berlaku antara mereka sejak awal tahun dan sering memberikan nasihat kepada mereka.

Sementara itu, bercakap mengenai perancangan masa depannya, Sasha menjelaskan dia akan memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya selain mengikuti program-program keagamaan bersama ibunya.

“Alhamdulillah saya banyak menghabiskan masa terluang dengan aktiviti keagamaan dan sebagai ibu tunggal saya perlu bekerja kuat untuk memastikan nasib anak tunggal saya terjamin.”

Sasha dan Salyo telah berkahwin pada tahun 2007 di Jakarta, Indonesia.

Ini adalah perkahwinan yang kedua buat Sasha. Sebelum itu, Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London.

Mereka berpisah empat tahun kemudian. via Mstar Online

Sasha Elite Sah Cerai Talak Satu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Uli-Uli Biskut Raya Bersama Julie’s

Ziana Zain Bakal Lancar Kempen Harapan Diberi Kehidupan Sihat Dirai