in

Sasaran untuk Jual 300,000 Kotak Sebulan, Himaya Lantik Erra Fazira & Wany Hasrita Jadi Duta

Himaya bekerjasama dengan selebriti terkemuka, iaitu Wany Hasrita dan Erra Fazira untuk memperkenalkan dua warna terbaru untuk memenuhi tuntutan pasaran pelitup muka medikal bergaya buat wanita-wanita berhijab. Pelitup muka medikal Himaya dipekenalkan dalam dua warna baru yang elegan, iaitu Apricot Dream oleh Wany Hasrita, dan Blue Lagoon oleh Erra Fazira.

Himaya adalah jenama pelitup muka medikal premium baru yang diperbuat daripada fabrik penapis kelas perubatan premium untuk aliran pernafasan yang selesa. Himaya juga sesuai untuk orang yang berkulit sensitif disebabkan kualiti fabrik premium yang lembut.

Pelitup muka medikal Himaya telah mendapat pengiktirafan MDA (Medical Device Authority) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disebabkan kualiti penapisan udara dan keberkesanan pelitup muka medikal Himaya dalam menangani penularan wabak kovid.

Oleh kerana Himaya ditujukan khas untuk wanita yang memakai hijab, ia dilengkapi dengan head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa serta telah diiktirafkan oleh Asia Halal Brand Awards (AHBA) sebagai pelitup muka medikal premium khas untuk pelanggan beragama Islam yang berhijab.

Kempen terbaru Himaya, iaitu kempen “Siapa Cakap Pakai Medical Mask Tak Boleh Bergaya” dilancarkan dengan objektif untuk menggalakkan wanita berhijab untuk terus bergaya serta tampil yakin dengan koleksi fesyen facemask terbaru dari Himaya.

“Kami amat berbangga dengan kolaborasi Himaya dengan Wany Hasrita dan Erra Fazira. Himaya, pelitup muka medikal hijab berjaya mendapat sambutan hangat dan antara sebab utama ialah quality yang bagus serta berfesyen dengan pilihan warna yang menarik. Selain itu, dengan pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk pelitup muka medikal Himaya yang mendapat kelulusan MDA (Medical Device Authority) juga dapat memberikan keyakinan kepada pengguna.,” kata Datuk KK Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya.

kata KK Chua lagi, pihaknya juga mensasarkan 300000 kotak dapat terjual dengan kerjasama dua duta berkenaan.

“Kami optimis dengan populariti dan pengaruh Erra dan Wany, sasaran itu dapat menjadi kenyataan

“Sebelum ini Elfira Loy terlebih dahulu menjadi pilihan kami,” katanya

Himaya boleh didapati di semua kedai farmasi Guardian, Watsons, Caring dan lain-lain serta melalui ejen berdaftar, atau di kedai atas talian himayamy di Shopee.

Himaya adalah produk pertama Anggun Kirana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan produk kesihatan dan kecantikan.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Drama TAK SEMPURNA MENCINTAIMU & COVID OH COVID di TV3

Legasi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Lancar Pada Tarikh Ulangtahun Ke-25 Dalam Industri Muzik