in , ,

Sasar Jualan 1 Juta Tub Chocoalbab Sebulan, Khai Bahar Jadi Saudagar Coklat

Syarikat CLA Empire Sdn Bhd menerusi produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, Chocoalbab optimis untuk terus terbang tinggi menerusi pelantikan Khai Bahar sebagai duta.

Dilancarkan April tahun lalu, jenama dengan ‘tagline’ Hidup Biarlah Sedap itu sejak bulan pertama berjaya mencipta rekod sebanyak 50,000 tub berjaya terjual.

Pengasasnya, Said Saiful Fazli berkata dia kini mensasarkan jualan sebanyak satu juta tub dalam tempoh sebulan selain dieksport ke Indonesia, Brunei dan Thailand.

“Pelantikan Khai Bahar sebagai duta sejak Januari lalu memberi impak tersendiri hingga graf jualan meningkat secara mendadak.

“Saya percaya usaha ‘memikat’ Khai biarpun pelawaan sebagai duta buat kali pertama Oktober tahun lalu ditolaknya secara baik memberi metafora tersendiri.

“Saya tidak putus usaha, sampai guna macam macam kaedah. Akhirnya percaturan menjadi apabila menggunakan bantuan salah seorang teman usahawan yang pernah menggunakan khidmatnya,” kata Said.

Chocoalbab  Khai Bahar
Khai bersama pengasas Chocoalbab, Said Saiful Fazli

Januari lalu, artis berkenaan dilantik sebagai duta untuk sekian tempoh tertentu.

“Sesuatu yang diperhatikan, dia memang ikhlas dan tidak berkira mempromosikan produk itu. Dalam bulan pertama (Januari lalu) saja, mengikut kiraan ada dalam 19 entri dikongsinya di media sosial termasuk di Instagram (IG).

“Ada yang di ‘feed’ dan begitu juga di ‘IG Story’. Pendek kata promosi diberikan lebih daripada apa yang ditetapkan. Khai juga diketahui antara artis yang ramai peminat dan pengikut, jadi tak salah percaturan ini,” kata Said.

Ketika ini, sudah ada lebih 2000 pengedar di seluruh Malaysia.

“Bijirin campuran ini menggunakan kombinasi coklat dan kacang Almond yang sangat ‘premium.

“Ia didatangkan dengan tiga jenis perisa, Choco Rice, Choco Ball dan Mini Choco Crunch. Bagi yang nak tahu lebih lanjut boleh tekan pautan https://linktr.ee/SaudagarCla,” katanya.

Said berkata lagi, perkataan albab dalam jenama berkenaan turut memberi maksud yang sangat simbolik.

“Ia diambil daripada bahasa Arab yang membawa maksud pintu. Pintu itu juga memberi makna lebih tepat kepada ‘Pintu Rezeki’ dan ‘Pintu Kebahagiaan’.

“Dengan jenama ini, kami alu-alukan ramai lagi menyertai pintu rezeki bersama pasukan SaudagarCLA untuk menjana pendapatan. Pastinya tub coklat ini memberi pintu kebahagiaan buat yang menikmatinya,” kata Said.

Chocoalbab  Khai Bahar
Pengasas Chocoalbab, Said Saiful Fazli

Sementara itu, Khai percaya rezekinya dengan jenama tub coklat itu sudah tertulis.

“Biarpun lamaran jenama itu saya tolak dengan baik buat kali pertama kerana terikat dengan pelbagai komitmen lain termasuk menyanyi dan berlakon, mereka tak berputus asa.

“Tak boleh cara begitu dan begini, mereka guna pula insan yang saya baik. Nampaknya menjadi juga usaha itu kerana saya akhirnya mengalah.

Tambah pula saya penggemar coklat. Siapa yang tak suka coklat? Dipendekkan cerita sejak Januari lalu, saya ‘diikat’ mereka.

Chocoalbab  Khai Bahar

“Kalau mereka berpuas hati, insya-Allah berpanjanganlah ‘jodoh’ kami. Saya pun bukan jenis yang sesuka hati mempromosikan produk makanan khususnya. Kalau tak sedap, saya takkan terima jadi duta. Saya tak mahu dilihat seperti ‘munafik’ mempromosikan makanan tak sedap hanya kerana dibayar,” katanya yang baru baru ini melancarkan single berjudul Damba.

Kata Khai atau nama sebenar, Muhammad Khairul Baharuddin, 27, sudah terbiasa menjadi sikap dan tabiatnya melakukan sesuatu dengan ikhlas.

Jadi tidak pelik, pemilik empayar jenama produk itu memuji sikap tidak berkira penyanyi lagu Luluh berkenaan yang pernah melakukan promosi produk itu lebih 19 kali dalam tempoh sebulan tanpa mengenal waktu.

“Saya bukan nak tunjuk baik. Cuma ia lebih kepada sikap hakiki manusia. Saya percaya orang lain pun mungkin akan buat benda sama.

“Makanan sedap wajar dikongsi. Lagipun orang bayar kita jadi duta, semestinya kena ligat promosi. Perasaan semangat nak promosi produk ini menjadi jadi kerana macam saya katakan tadi, segala jenis makanan berasaskan coklat menjadi kegemaran.

“Dalam hal berlebih lebih mempromosikan ini daripada apa yang ditetapkan, saya percaya ia berbalik kepada soal timbal balik sesuatu perkara. Mungkin sudah jadi sikap saya sebegitu.

Pemilik jenama itu pun bersikap profesional dan tidak berkira, jadi saya pun tak kisah nak ‘belanja’ lebih mempromosikannya. Orang baik dengan kita, tak salah kita buat benda sama,” kata pelakon drama Shakira itu.

Chocoalbab  Khai Bahar

Diusik persoalan apakah tindakannya itu mungkin didorong bayaran yang diterima dan difahamkan cukup lumayan, Khai hanya tersenyum penuh makna.

“Cukuplah saya katakan ia sangat memuaskan hati saya. Di sebalik lamaran jenama ini yang ditolak pada mulanya, saya percaya ada hikmah dan rezeki tertulis.

“Tambah dengan situasi pandemik COVID-19 yang masih berlarutan di negara kita, saya harus fikir soal ke depan. Saya kena bijak berbelanja dan melakukan simpanan untuk hari tua.

“Biarpun agenda dan aktiviti seni sudah diberi kelonggaran, saya percaya kita kena bersedia menjana pendapatan lain. Kita tak tahu apa yang mungkin terjadi esok, lusa,” katanya.

Tambah anak jati kelahiran Perlis ini lagi, paling mengujakan apabila penggambaran video promosi jenama itu memakan masa hampir 12 jam.

“Bayangkan dalam tempoh itu demi mendapatkan sudut terbaik dan memuaskan hati pihak jenama, saya sampai kena makan berpuluh puluh tub coklat itu.

“Mujurlah yang masuk perut, makanan disukai. Jadi, layanlah juga. Penat itu biasalah, tapi ditolak ketepi. Janji semua ‘happy’ dan puas hati,” katanya.

Chocoalbab  Khai Bahar

Diaju soalan mengenai sesetengah figura popular yang berkira kira mempromosi produk sama ada dibayar atau sebaliknya, selain menjaga kandungan di muat naik di media sosial, Khai percaya semua berbalik kepada diri masing masing.

“Saya tak boleh nak komen hal itu berdasarkan kapasiti atau pandangan orang lain. Lain orang, lain caranya. Cuma menjadi amanah kita mempromosikan sesuatu produk atau jenama apabila dibayar khidmat itu. Kalau sebaliknya, itu lain cerita,” katanya yang sedang menghitung hari menjayakan Konsert Nafas Cinta, Khai Bahar pada 12 Februari ini di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ Pac).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 2 | 21

Di Era ‘Struggle’ Pandemik, Nurraysa Bantu 182,000 Usahawan Dari Rumah

Trending Huawei | 22

Benar Atau Sekadar Mitos? Dalam Majalah Perubatan DEBUNKING MEDICAL MYTHS