in

Sarimah Ibrahim Kini Penyampai Radio Mix FM

Kombinasi Cantik dan Lantang

MIX fm akan menggegarkan suasana pagi bermula hari ini, Isnin, 15 April ini dengan rancangan sarapan serba baru yang bakal dihoskan oleh dua personaliti menarik iaitu Sarimah Ibrahim dan Rod Monteiro.

Sarimah Ibrahim

Berbekalkan lebih daripada 20 tahun pengalaman di bidang penyiaran televisyen dan radio, Sarimah bukanlah asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Beliau adalah lambang wanita moden masa kini yang menikmati kehidupan sepenuhnya dan tidak dapat disangkal lagi beliau akan mampu berinteraksi dan memahami para pendengar wanita MIX fm. Sifat lucu dan bakat serba boleh yang dimilki Sarimah menjadi kunci sebuah program hiburan yang bakal menghiburkan rakyat Malaysia.

Rod atau lebih dikenali sebagai ‘The Rod’, seorang yang lantang, berperwatakan menarik dengan personaliti yang ramah dan mempunyai watak tersendiri. Beliau berpengalaman lebih 17 tahun dalam industri penyiaran radio dan telah lama menghiburkan para pendengar di Singapura. Rod mengakui tidak pandai mengeja, mudah menangis apabila menonton filem sedih, dan terlalu takut pada lipas!

Gandingan dua personaliti yang sangat berbeza ini mewujudkan satu kolaborasi bertenaga yang pastinya akan menceriakan serta menghidupkan semangat pendengar setiap pagi.

Kata Pengurus Rancangan MIX fm, Steve Kyle D’angelo.

“Kami sangat berbesar hati atas kesudian Sarimah dan Rod untuk menyertai MIX fm. Kami yakin kombinasi pengalaman dan personaliti unik yang dimiliki mereka akan dapat menarik para pendengar terutama golongan yang berumur 25-34 tahun.”

“Kunci kejayaan bagi program baru ini adalah melalui perbualan yang juga boleh disertai oleh pendengar, lawak jenaka yang segar serta pertempuran klasik menguji kecerdasan fikiran. Ini program yang cukup sempurna untuk memulakan hari anda!” tambah D’angelo lagi.

Antara segmen dalam ‘The New MIX Breakfast with Sarimah & The Rod’ adalah :

• ‘The MIX Flirt’ yang mendedahkan taktik penggoda bersiri
• ‘The MIX Pop Quiz’ yang memberi peluang pendengar memenangi RM1,000 dalam 60 saat
• ‘Mix Scary-oke’ yang akan memberi ‘persembahan’ sebuah makna baru.

Selain berinteraksi secara langsung bersama Sarimah dan The Rod, para pendengar juga boleh mengikuti perkembangan harian mereka melalui twitter di #MIXBreakfast juga di halaman facebook MIX fm serta laman sesawang rasmi di www.mix.fm.

Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim

Sarimah Ibrahim

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Adegan Panas Nora Danish Berpelukan Tanpa Baju

Nescafé Dolce Gusto Perkenal Perisa Baru Café Au Lait