in

Kpoppers Puji Sarah Suhairi di LAZADA 11.11 SUPER SHOW

Wow, pujian melambung buat Sarah Suhairi yang berjaya memukau penonton di Konsert LAZADA 11.11 SUPER SHOW semasa buat persembahan menyanyikan lagu Korea ddu du ddu du. Tahniah!

Dengan diiringi oleh beberapa orang penyanyi, juara BIG STAGE musim pertama Sarah Suhairi memberikan persembahan terbaik di LAZADA 11.11 SUPER SHOW yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil semalam.

Ternyata ia memukau dengan gaya dan kebolehan Sarah menyanyikan lagu Korea nyanyian asal kumpulan Blackpink iaitu ddu du ddu du. Mungkin persembahan ini sempena dengan kedatangan Blackpink ke Malaysia untuk konsert sulungnya di sini tak lama lagi.

Tepukan paling gemuruh oleh semua penonton diberikan sejurus selepas persembahan Sarah Suhairi. Pada malam itu, ramai Kpoppers datang untuk melihat persembahan kumpulan dari Korea iaitu KARD. Rata-rata mereka ada yang sudah mengenali Sarah Suhairi gara-gara video penyanyi remaja ini tular kerana menyanyikan lagu Korea di Konsert BIG STAGE.

Sarah Suhairi telah pun melancarkan muzik video single terbaru berjudul RAGA & NYAWA di saluran Youtube. Single ini juga berkonsepkan muzik kpop. Sekaligus Sarah Suhairi turut mendapat sokongan daripada Kpoppers dari Malaysia. Strategi yang baik untuk karier beliau.

LAZADA 11.11 SUPER SHOW

LAZADA 11.11 SUPER SHOW

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Gempak di Lazada 11.11 Super Show

Hetty Sarlene & Forteen Gagal ke Final GEGAR VAGANZA 5