in , ,

Santan Perkenal Lebih Banyak Pilihan Menu Yang Enak Pada Tahun 2023

Santan, perkhidmatan dalam penerbangan serta bebas cukai AirAsia umum pelan pengembangan utama pada tahun 2023

AirAsia hari ini mengumumkan pelan pengembangan utama bagi segmen perkhidmatan dalam penerbangan, barangan bebas cukai dan menu dalam penerbangannya sepanjang tahun 2023.

AirAsia bakal menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama popular tempatan dan Asean bagi menambah rangkaian produk dalam penerbangan serta barangan bebas cukainya. Selain barangan eksklusif AirAsia seperti kemeja-T, topi, baju bayi dan banyak lagi, para tetamu juga boleh membeli produk penjagaan kulit, minyak wangi dan makanan ringan dalam penerbangan AirAsia. 

Santan Perkenal Lebih Banyak Pilihan Menu Yang Enak Pada Tahun 2023

Kerjasama pertama yang dilancarkan pada tahun ini adalah dengan jenama tempatan popular Naelofar. Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023, para tetamu bolen mendapatkan barangan eksklusif AirAsia X Naelofar di dalam semua penerbangan AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7). Ia juga boleh didapati melalui airasia Super App dengan menekan ikon ‘Shop’ pada aplikasi tersebut. Setiap kotak bernilai RM190 termasuk hijab Naelofar, aksesori hijab, wangian untuk hijab, selendang floral, beg tangan kecil (wristlet), dan rantai kunci AirAsia.

Bukan itu sahaja, para pencinta fesyen boleh menantikan satu lagi kerjasama menarik AirAsia bersama ikon fesyen Jovian Mandagie bagi koleksi pakaian Jovian Ready-To-Wear. Para tetamu boleh mendapatkan produk eksklusif Jovian seperti selendang, skaf, wangian dan tumbler pilihan Jovian di dalam penerbangan AK dan D7 tidak lama lagi. 

Santan Perkenal Lebih Banyak Pilihan Menu Yang Enak Pada Tahun 2023

Catherine Goh, Pengurus Besar Bahagian Operasi Runcit dan Makanan berkata: “Dalam kami terus berusaha untuk mengembangkan pilihan tawaran di dalam penerbangan, kami teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan pereka fesyen serta usahawan tempatan dan Asean yang bukan sahaja memberi inspirasi tetapi telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk mempamerkan keindahan serta nilai jenama tempatan melalui rangkaian luas AirAsia dan inisiatif penjenamaan berterusan. Kami percaya terdapat pelbagai potensi yang belum diterokai bagi usahawan tempatan dan kami berharap untuk terus memperjuangkan pengembangan dan pendedahan jenama 100 peratus buatan Malaysia mereka melalui rangkaian bebas cukai.”

Selain itu, Santan, jenama hidangan dalam penerbangan kegemaran ramai oleh AirAsia akan memperkenalkan menu baharu sempena musim perayaan ini. Mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023, nikmati hidangan istimewa Tahun Baru Cina iaitu Kombo Nasi Pulut bersama Ayam dan Dim Sum. Ia merangkumi mai ayam, mai lada hitam, otak-otak serai, tauhu bersama hidangan nasi pulut beserta ayam BBQ dan cendawan dengan minuman pada RM15 (pra tempah) atau RM17 (dalam penerbangan, tertakluk kepada ketersediaan).

Lengkapkan hidangan anda dengan kombo pencuci mulut ‘Black & Pink’ edisi terhad, iaitu hidangan kek gulung berperisa raspberi dan coklat, bersama-sama segelas minuman sparkling Sakura yang menyegarkan pada RM12 (dalam penerbangan).  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

hbo

HBO Original Drama Series SUCCESSION Kembali Untuk Musim Ke-4

AR RAHMAN

AR Rahman Tampil Dengan Konsert Memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil