in ,

Santai Hujung Minggu Dengan Program DEKORASI BERINSPIRASI

Jamu mata anda dengan 13 episod program yang menyumbang inspirasi kepada dekorasi kediaman anda. Istimewanya program diberi tajuk “Dekorasi Berinspirasi” ini berkongsi beberapa cara mudah yang dapat memberikan kelainan pada hiasan anda, dan juga tips semasa menghias rumah.

Mengharapkan penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjaya menemui hiasan dalaman yang bersesuaian dengan rumah dan citarasa mereka, program yang menampilkan Adrea Abdullah sebagai hos ini mula bersiaran 10 Oktober, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Nikmati setiap saat yang anda ada untuk menjadikan rumah lebih cantik dan hebat menerusi episod pengenalan program ini yang tampil dengan cara pengubahsuaian ruang pemilik kondominium iaitu Hazman Sarfaraz yang bertemakan jalur kontemporari.

Seterusnya saksikan pengubahsuaian ruang pejabat dengan tema Batu Bata Merah Granit bersama Nabila Alyas (Pemilik Pejabat) serta projek D.I.Y – Lampu Gantung, dekorasi ruang tamu milik Anuar Abdul Wahab dengan tema ‘Hijauan Flora’, dekorasi ruang bilik tidur milik Ajay dengan tema ‘Merah Jambu Millennial’ dan dekorasi ruang pejabat milik Sheqal Azwan (Pemilik Ruang Pejabat) dengan tema ‘Industrial Contemporary’.

Episod enam pula menyaksikan pengubahsuaian ruang bilik tidur yang terhad milik Johari Karim (Pemilik Unit PPR) dengan tema ‘Warna Ceria’, ruang makan milik Valerie (Pemilik Ruang Teres) dengan tema ‘Mentari Pagi’, dekorasi ruang tamu milik Gunalan (Pemilik Unit Kondominium) dengan tema ‘Tona Tanah’ dan ruang pejabat milik Ilina Ismail (Pemilik Unit Pejabat) dengan tema ‘Warna Kontra’.

Menarik dikongsikan dekorasi ruang bilik tidur milik Norasihah (Pemilik Rumah PPR) dengan tema ‘Warna Pastel’, dekorasi ruang tamu milik Yuli (Pemilik Rumah Teres) dengan tema ‘Dramatik’, pengubahsuaian ruang pejabat milik Bard (Pemilik Ruang Pejabat) dengan tema ‘Kelabu Salju’ dan akhir sekali dekorasi menghias kondominium milik Siti Nadzirah (Pemilik Unit Kondominium) dengan tema ‘Jingga Jambu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesta Halloween Day.Light.Fright Sunway Lagoon Ditunda Gara-Gara Covid-19

Gambar Hiasan

Isu Selebriti Dijadikan Kambing Hitam Sindiket Macau Scam Untuk Cuci Wang Haram