in ,

Pesta Halloween Day.Light.Fright Sunway Lagoon Ditunda Gara-Gara Covid-19

Ekoran situasi Covid-19, Sunway Lagoon telah memutuskan untuk menunda sekali lagi menangguhkan pembukaan program yang akan datang Day.Light.Fright.

Day.LightFright akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula dari 31 Oktober 2020 hingga 29 November 2020. Berikut ini adalah kenyataan rasmi dari Sunway Lagoon:

Pesta Halloween Day.Light.Fright Sunway Lagoon Ditunda Gara-Gara Covid-19

Keselamatan para pengunjung dan kakitangan Sunway Lagoon tetap menjadi keutamaan kami. Sebagai langkah pencegahan dalam mengawal wabak Covid-19 ini, kami akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan taman tema kami selamat untuk dikunjungi. 

Jika anda telah membeli tiket ke Sunway Lagoon, jangan risau. Pihak kami akan membantu untuk memanjangkan tempoh tamat tiket masuk ke taman tema buat para pengunjung kami yang telah membeli menerusi kaunter taman tema dan laman web rasmi Sunway Lagoon. 

Jangan risau, kita akan mengharungi fasa ini bersama-sama. Kita akan berjumpa lagi. 

Sila rujuk prosedur dan garis panduan melalui laman web kami di sunwaylagoon.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Didakwa Curang dengan Dua Lelaki, Ini Penjelasan Nadia Brian

Santai Hujung Minggu Dengan Program DEKORASI BERINSPIRASI