in , , ,

Samsung Lancar Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 di Malaysia

SYARIKAT gergasi elektronik, Samsung Electronics memperkenalkan generasi baharu peranti pintar dengan skrin boleh lipat iaitu Samsung Galaxy Z Fold2.

Samsung Malaysia telah mengumumkan penawaran telefon pintar dengan skrin boleh-lipat generasi terbaru mereka, iaitu Samsung Galaxy Z Fold2 5G. Peranti berkenaan menawarkan teknologi paling maju dalam industri dan Samsung sekali lagi mencuri tumpuan apabila mampu untuk merealisasikan peranti skrin boleh lipat generasi kedua mereka selepas Galaxy Fold yang dilancarkan tahun lalu.

Samsung Lancar Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 di Malaysia

Galaxy Z Fold2 5G ini hadir dengan penggunaan dwi-skrin. Skrin bahagian luar menawarkan saiz 6.2-inci Super AMOLED dengan rekaan hampir nirbingkai, menyertakan sebuah lubang untuk kamera 10-megapixel.

Sesuai dengan kemajuan dunia teknologi, Galaxy Z Fold2 dilengkapi dengan cip jaringan 5G terbini dan menggunakan pemproses 64-bit Octe-Core.

Samsung Lancar Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 di Malaysia

Pada masa sama, Presiden Samsung Electronics TM Roh berkata, ia adalah satu inovasi penting buat Samsung untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna termasuk penawaran teknologi terkini.

“Kita akan memantau setiap komen serta maklum balas pengguna berhubung pelancaran Galaxy Z Fold2 ini kerana ia penting untuk pengalaman kepenggunaan yang lebih baik pada masa depan.

“Tambah baik ini termasuklah daripada aspek perkakas serta padanan spesifikasi yang digunakan termasuk pengalaman antara muka yang mesra pengguna,”

– TM Roh
Samsung Lancar Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 di Malaysia

Manakala untuk bahagian dalam, ia hadir dengan skrin 7.6-inci yang boleh dilipat, menggunakan panel Dynammic AMOLED 2x, serta menawarkan kadar segar semula 120Hz.

Skrin utama Fold2 juga dibesarkan ke 7.6″ dari 7.3″ tahun lalu sekali lagi menerusi penggunaan bezel yang 27% lebih nipis. Skrin boleh-lipat kini menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz yang membolehkan paparan kelihatan bergerak lebih lancar. 

Samsung Lancar Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 di Malaysia

Engsel boleh dilaraskan mengikut kehendak pengguna menerusi Flex Mode yang dipinjam dari Z Flip. Terdapat berus-berus kecil terbina untuk menolak kotoran dari memasuki komponen dalaman.

Galaxy Z Fold2 5G dilengkapi cip Snapdragon 865+, memori 12GB RAM, dan bateri 4500mAh.

Samsung Lancar Galaxy Z Fold2 5G Berharga RM7999 di Malaysia

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk Samsung Galaxy Z Fold2 5G pada harga RM7999 di Malaysia. Pra-tempahan dibuka oleh Samsung antara 11 September hingga 24 September ini. Untuk pra-tempahan, pengguna turut akan menerima Galaxy Buds Live dan Montblanc Card Holder secara percuma.

What do you think?

51 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengakuan Ernie Zakri Luah Perasaan Cinta Dulu Pada Syamel

Winners of VAP 4 Arts Competition by MyCreative Ventures