in , ,

Samsung Galaxy S21 Mungkin Tidak Ada Ruang Kad MicroSD, Tetapi Masih Ada Pengecas

Beberapa minggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy S21 dilancarkan secara rasmi. Sebelum ini kedengaran ura-ura siri Galaxy S21 akan dilancarkan tanpa pengecas dengan setiap pembelian. Tetapi hari ini Roland Quandt menerusi ciapan beliau berkata ia mungkin bergantung kepada pasaran.

Samsung dijangka akan melancarkan siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 pada bulan ini. Kini maklumat terbaru tentang telefon tersebut adalah ia mungkin tidak akan mempunyai ruang kad memori microSD untuk membesarkan storan dalaman.

Samsung Galaxy S21 Mungkin Tidak Ada Ruang Kad MicroSD, Tetapi Masih Ada Pengecas

Sebelum ini, fungsi kad luaran microSD terdapat dalam siri Galaxy S20. Jika maklumat ini benar, Galaxy S21 bakal mengikut trend kebanyakan telefon andalan Android yang tidak memiliki fungsi tersebut kerana microSD biasanya tidak sepantas storan dalaman UFS (universal flash storage).

Samsung Galaxy S21 Mungkin Tidak Ada Ruang Kad MicroSD, Tetapi Masih Ada Pengecas
Samsung Galaxy S21 Mungkin Tidak Ada Ruang Kad MicroSD, Tetapi Masih Ada Pengecas

Di samping itu, khabar lain turut mengatakan bahawa Samsung akan menyertakan pengecas dalam kotak Galaxy S21 untuk sesetengah negara sahaja.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Galaxy S21 tidak akan dipasarkan bersama pengecas dan fon telinga di dalam kotaknya, selepas perkara yang sama telah dilakukan oleh iPhone 12 dan Mi 11.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie Selar Tindakan Youtuber Yang Suka Hentam & Kritik Filem Tempatan

Didakwa Sudah Berkahwin & Menjadi Isteri Kedua, Ini Penjelasan Ziela Jalil