in ,

Awie Selar Tindakan Youtuber Yang Suka Hentam & Kritik Filem Tempatan

Penyanyi dan pelakon Datuk Awie menyelar tindakan segelintir individu terutamanya vloggers dan YouTubers yang suka menghentam nashkah filem orang lain.

Awie berkata, kebanyakan mereka ini dilihat mempunyai kepentingan agar orang ramai untuk subscribe saluran YouTube semata-mata demi duit.

“Banyak vloggers nak buat review tentang filem, walhal dia zero knowledge tentang filem. Tak pernah buat satu filem pun, tetapi dia hentam macam dah buat 100 filem. Kita nak layan ke orang macam ni?

“Dorang cari orang untuk subscribe channel untuk duit sahaja. Untuk dia punya kepentingan. Kalau saya atau penggiat-penggiat lain nak layan dan orang lain pun gila mendengar kutukan, hasad dengki daripada manusia-manusia jahil seperti ini, jahanamlah hidup kita semua,”

– Awie
Konsert AWIE ROMANTIKA

Ujarnya, penghasilan sesebuah filem itu bertujuan untuk memberikan satu hiburan, di samping orang-orang produksi punya team mencari rezeki.

“Ada rezeki lepas ni, kita buat yang lain. Mungkin lebih baik daripada sekarang. Kalau ada keuntungan, mesti saya nak buat yang lebih bagus.

“Jadi, saya harap supaya jangan terpengaruh dengan kaki komen yang bukan-bukan ni, YouTubers yang cuba nak menjahanamkan industri dan semangat pembikin filem,”

– Awie

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran filem 10 Tips Takut Bini yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Awie kini melangkah setapak lagi apabila mula bergelar seorang penerbit di bawah syarikat miliknya, Rumah Produksi Merah.

Beliau menyatakan bahawa filem 10 Tips Tipu Bini yang akan ditayangkan di Astro First muai 7 Januari ini merupakan karya pertama yang diterbitkan di bawah syarikat itu.

“Ia sebuah kisah komedi yang ringan, tetapi tidak dinafikan ia terjadi setiap hari di dalam kalangan mereka yang telah berkeluarga. Isu seperti ini nampak susah untuk dibincangkan, tetapi inilah hakikat yang terjadi.

“Jadi kita bagi tips bagaimana nak tipu bini dan berjaya. Cuma, jangan salah faham bukan saya yang bagi tetapi ‘Brother Love’,”

– Awie

Menurut beliau, menerusi filem komedi ringan ini, ia cuba menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton, di mana buat kaum wanita ia mungkin boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka.

“Bagi kaum lelaki pula ia boleh dijadikan sebagai ikhtibar dan kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan,”

– Awie

Ditanya mengenai cabarannya untuk menghasilkan filem berkenaan sebagai seorang penerbit, Awie menjelaskan cabaran utamanya adalah mengenai wang dan waktu dan ia adalah perkara yang paling perlu dijaga.

“Apabila kita target 10 hari penggambaran dan ia melepasi beberapa hari, itu semua duit. Kita buang masa, duit… terlebih masa, duit.

“Jadi, perkara ini harus diambil kira dan jangan terlebih bajet untuk sesebuah projek itu,”

– Awie

Awie mengakui telah menggunakan duit poket sendiri dan tidak mengambil sebarang dana bagi menjayakan filem berkenaan.

Merupakan sebuah filem komedi arahan Azizi Chunk, 10 Tips Tipu Bini menampilkan barisan pelakon seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Jehan Miskin, Elizabeth Tan dan ramai lagi.

Sinopis Filem 10 TIPS TIPU BINI

Filem ini mengisahkan tentang tiga sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Datuk Dean. 

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya, bila mereka berada di rumah, mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri masing-masing. 

Pun begitu, mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ’Dubuk Liar’. Dan disebabkan mereka bertiga ini boleh dikatakan sedang mengalami masalah ’Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami seangkatan itu, terbit niat untuk melakukan sesuatu tetapi dalam keadaan takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ’intern’ (pelatih) yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka. Apakah yang terjadi seterusnya, jangan lupa tonton filem 10 Tips Tipu Bini di saluran Astro First mula 7 Januari 2021.

*Sumber: Kopiplanet

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pengurusan Kewangan Diri Dan Keluarga Dalam BAKUL TELUR EMAS di TV1

Samsung Galaxy S21 Mungkin Tidak Ada Ruang Kad MicroSD, Tetapi Masih Ada Pengecas