in , ,

Samsung Galaxy Buds2 Pro Boleh Beri Peringatan Regangkan Leher

Samsung pada minggu ini telah memperkenalkan Samsung Galaxy Buds2 Pro secara rasminya, iaitu sebuah fon telinga nirwayar generasi baharu.

Menariknya, fon telinga ini turut hadir dengan beberapa ciri menarik bersama dengannya.

Salah satunya adalah berkaitan dengan kesihatan, dan mengenal-pasti postur atau kedudukan kepala.

Ketika menggunakan peranti seperti telefon atau desktop, kepala kita kadang-kala akan ke depan sedikit, sekaligus mungkin membawa kepada masalah kesihatan berkaitan leher selepas jangka masa panjang.

https://youtu.be/fuR5mz3KlmY

Disebabkan oleh itu, fon telinga Samsung terbaru ini boleh kenal pasti posisi kepala, dan seterusnya memberitahu pengguna untuk regangkan leher selepas 10 minit dalam kedudukan memandang ke bawah sahaja.

Ciri peringatan ini boleh diaktifkan melalui halaman tetapan untuk fon telinga ini. Di Malaysia, Samsung Galaxy Buds2 Pro ditawarkan pada harga RM899.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Pemenang Anugerah Juara Lagu Untuk Merebut Gelaran TERPALING JUARA

Apple iPhone 14 Dijangka Dilancarkan Seawal 6 September Ini