in , ,

Apple iPhone 14 Dijangka Dilancarkan Seawal 6 September Ini

Tarikh pelancaran Apple iPhone 14 mula diperkatakan sejak Jun lalu dengan ura-ura pada awalnya mengatakan akan dilancarkan pada 13 September ini.

Bagaimanapun, sumber terkini mengatakan tarikh pelancarannya mungkin diawalkan pada 6 September, sehari selepas Hari Buruh Amerika Syarikat yang biasanya jatuh pada 5 September.

Pentiris maklumat popular iHacktu sebelum ini menyatakan Apple akan melancarkan iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro, dan iPhone 14 Pro Max pada 13 September, dengan tarikh jualannya bermula pada 16 September.

Apple Iphone 14 Dijangka Dilancarkan Seawal 6 September Ini

Bagaiamanapun, Max Weinbach menyatakan acara pelancaran tersebut mungkin akan berlangsung pada 6 September 2022. Pun begitu, beliau menyatakan kemungkinan maklumat yang beliau terima ini tidak tepat dan mungkin juga pra-tempahannya akan bermula pada 16 September. Jualannya pula berkemungkinan akan bermula pada 23 Sepetember.

Sama ada 6 September atau 13 September ini, media Economic Daily melaporkan Apple telah memesan pengeluaran sebanyak 95 juta unit, menandakan iPhone keluaran berikutnya ini sudah sedia untuk menemui pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Budiey Samsung Review | 18

Samsung Galaxy Buds2 Pro Boleh Beri Peringatan Regangkan Leher

Amazfit

AMAZFIT Launches GTS 4 Mini In Malaysia