in , ,

Sambutan Jubli Intan Penuh Gemilang Dengan Konsert Richard Marx di Genting

Konsert Ikonik Di Arena Of Stars Raikan 60 Tahun RWG Bersama Legenda Balada Dunia

Sambutan ulang tahun ke-60 Resorts World Genting (RWG) bakal menjadi lebih meriah dan penuh emosi dengan kehadiran legenda balada antarabangsa, Richard Marx, dalam sebuah persembahan eksklusif pada 16 Ogos 2025, jam 9 malam, di pentas megah Arena of Stars. Dan ya, Budi sendiri akan turun padang untuk merasai kehangatan malam bersejarah ini – bukan setakat sebagai peminat, tapi sebagai influencer hiburan dan KOL terkenal yang sentiasa mencari momen ikonik untuk dikongsi bersama followers.

Dengan lebih 35 tahun pengalaman dalam industri muzik, Richard Marx bukanlah nama asing bagi peminat muzik di seluruh dunia. Beliau bukan sekadar seorang penyanyi, malah seorang penulis lagu dan penerbit berbakat yang telah menjual lebih dari 30 juta album dan mengukir namanya menerusi lagu-lagu klasik seperti “Right Here Waiting”, “Now and Forever” serta “Endless Summer Nights”. Suara lunak dan lirik yang menyentuh hati menjadikan setiap persembahan beliau sebagai momen yang penuh nostalgia dan keindahan muzik sejati.

Sebuah Malam Nostalgia Yang Sarat Dengan Emosi Dan Cerita Hidup

Konsert ini bukan hanya sekadar hiburan. Ia adalah sebuah pengembaraan muzik merentas dekad, mengimbau kenangan, menyentuh jiwa dan menghubungkan generasi yang berbeza melalui lagu-lagu yang tak lapuk dek zaman. Richard Marx akan membawa penonton menyusuri lembaran muziknya yang paling berkesan, mencipta satu malam yang pasti diingati seumur hidup.

Bagi Budi sendiri, lagu-lagu Richard Marx adalah soundtrack hidup zaman 90-an – masa kaset masih ada di rak-rak tepi radio, dan setiap bait lirik jadi pengubat rindu masa cinta monyet. Jadi bila dengar beliau bakal live di pentas Malaysia, terus rasa throwback + goosebumps combo!

Sebagai acara kemuncak Jubli Intan RWG, konsert ini juga menjadi penghormatan kepada legasi RWG yang telah menjadi pilihan jutaan pengunjung selama enam dekad. Ia menyatukan memori dan masa kini dalam satu persembahan eksklusif yang mengangkat keunikan Genting Highlands sebagai pusat hiburan utama di rantau ini.

Sambutan Jubli Intan Penuh Gemilang Dengan Konsert Richard Marx Di Genting

Harga Tiket & Tawaran Eksklusif Untuk Ahli GRC Dan Pemegang Kad VISA

Bagi yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert yang penuh makna ini, tiket boleh didapati pada harga:

  • RM1,188 (VIP)
  • RM888 (PS1)
  • RM768 (PS2)
  • RM588 (PS3)
  • RM368 (PS4)

Tiket pra-jualan eksklusif akan dibuka pada 4 Jun 2025 jam 12 tengah hari untuk ahli Genting Rewards Card (GRC) peringkat Gold ke atas serta pemegang kad VISA. Manakala jualan umum akan bermula pada 9 Jun 2025 jam 12 tengah hari.

Ahli GRC juga akan menikmati diskaun 15% untuk tiket VIP hingga PS3 dalam tempoh pra-jualan. Walau bagaimanapun, satu transaksi hanya layak menerima satu jenis diskaun sahaja (sama ada GRC atau VISA) dan semua pembelian perlu dilakukan secara dalam talian.

Maklumat lanjut dan sebarang perkembangan terkini boleh didapati di laman web rasmi rwgenting.com.

Resorts World Genting: Destinasi Pilihan Untuk Hiburan Bertaraf Dunia

Dengan lokasi strategik di ketinggian 6,000 kaki dari paras laut, RWG bukan sekadar tempat hiburan tetapi sebuah destinasi impian yang menyatukan keindahan alam semula jadi dan kemewahan moden. Dilengkapi dengan lebih 10,500 bilik hotel, kasino, taman tema, ruang makan, pusat beli-belah serta persembahan bertaraf antarabangsa, RWG kekal unggul sebagai tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

Tidak dilupakan, Resorts World Awana menawarkan suasana eksklusif yang dikelilingi kehijauan, padang golf pergunungan dan laluan hutan yang mencabar. Manakala Genting Highlands Premium Outlets menambah nilai pengalaman membeli-belah dengan jenama antarabangsa pada harga menawan.

Budi sempat explore kawasan ni masa event lepas – serius, kombinasi shopping + alam + konsert = healing level maksimum. Bila Genting bawa artis sekelas Richard Marx, terus naik satu level lagi aura eksklusif tempat ni.

Genting Malaysia: Satu Nama, Ribuan Cerita Kejayaan

Di bawah pimpinan Tan Sri Lim Kok Thay, Genting Malaysia berkembang sebagai kuasa besar dalam sektor rekreasi dan hospitaliti. Selain RWG, jenama Resorts World turut melebarkan sayap ke Amerika Syarikat, United Kingdom, Bahamas dan Mesir dengan rangkaian kasino dan resort bertaraf antarabangsa.

Dengan pelaburan dalam pelbagai sektor seperti perladangan, tenaga, hartanah, pelayaran dan bioteknologi, Genting terus membina legasi berimpak global yang berpaksikan inovasi dan komitmen kepada kecemerlangan.

Apa Kata Budiey?

Kalau nak diikutkan, ini bukan sekadar konsert biasa. Ini adalah pertemuan dua lagenda — Richard Marx dan Resorts World Genting — yang masing-masing punya pengaruh besar dalam membentuk kenangan ramai. Bagi Budiey, ini peluang yang tak wajar dilepaskan. Sebuah malam yang bukan sahaja akan mengembalikan nostalgia, tapi mengukir detik baharu yang lebih bermakna.

Buat para peminat muzik sejati, jangan tunggu lama-lama. Budi akan buat liputan penuh, siap dengan konten real-time kat IG Story, reels, dan artikel eksklusif di Budiey.com. Kalau nak jadi antara yang pertama rasa ‘magic’ malam itu – jom kita jumpa kat Arena of Stars 16 Ogos nanti!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Skyline Luge Kuala Lumpur

Tahniah! Skyline Luge Meraikan 100 Juta Tunggangan Serata Dunia