in ,

Sambut Ramadan Tanpa Suami, Bunga Citra Lestari Tetap Tabah

Menyambut bulan Ramadan pertama tanpa suami tercinta, Allahyarham Ashraf Sinclair, selebriti terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari dilihat sudah sedikit tabah 

Menerusi satu perkongsian di IG Story Bunga, 37, dan anaknya Noah Sinclair, 10, berkongsi ucapan Ramadan mereka untuk tatapan semua pengikut dan sahabat handai.

Sambut Ramadan Tanpa Suami, Bunga Citra Lestari Tetap Tabah

“Marhaban ya Ramadan, selamat menunaikan puasa Ramadan 1441H untuk teman-teman semua

“Meskipun Ramadan tahun ini akan berbeza, aku berharap kita semua dapat menjalankan ibadah dengan lancar. 

“Semoga bulan ini membawa banyak berkah untuk kita semua,” tulis Bunga berserta gambar dirinya dilihat mengenakan telekung di IG Story.

Sambut Ramadan Tanpa Suami, Bunga Citra Lestari Tetap Tabah

Terdahulu suaminya, pelakon berasal dari Malaysia Ashraf Sinclair, 40, telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada 18 Februari lalu

Mungkin terkesan kehilangannya Bunga langsung tidak memuat naik sebarang status di media sosial miliknya sebelum mula berkongsi sekeping foto hitam pada awal April sebagai tanda simbolik kepada kehilangan yang dirasai dalam hidupnya pada tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Raih Keuntungan Mendadak Tapi Tidak Gembira Dengan Kejayaan Itu

Susunan Rancangan di TV Alhijrah Sepanjang Bulan Ramadan