in , ,

Sama Tapi Bukan Dia, Wajah Adele Dikatakan Persis Emily Blunt

Beberapa hari lalu, tular di laman Facebook tentang ‘wajah terkini’ penyanyi terkenal Adele. Umum sudah tahu Adele kini tidak bertubuh gempal seperti dahulu kerana berjaya mengurangkan berat badan sehingga 45kg.

Penampilan Adele yang semakin kurus pada mulanya merisaukan peminat. Namun menurut Adele, untuk menurunkan berat badan beliau cuma mengikuti diet yang lebih baik dengan makan lebih buah dan makanan berkhasiat.

Laman Mr. Everything di Facebook adalah laman yang bertanggungjawab menyebarkan ‘gambar terkini’ Adele. Perkongsian tersebut dikongsi lebih 15,000 kali di Facebook setakat ini.

Wajah Adele Disamakan dengan Emily Blunt

Namun nampaknya pengguna Facebook ramai yang terus percaya bahawa gambar wanita berkenaan adalah Adele. Sebenarnya, gambar berkenaan merupakan gambar pelakon Hollywood, Emily Blunt. Antara filem lakonan beliau adalah A Quiet Place dan Edge Of Tomorrow.

Gambar-gambar yang dikongsikan pula merupakan gambar photoshoot Emily bersama majalah Vanity Fair pada tahun 2018. Wajah Adele dan Emily dikatakan mirip kerana kedua-dua mereka mempunyai dagu berlekuk.

Dikatakan perkongsian Mr. Everything tersebut hanyalah sekadar gurauan dan tidak menyangka ramai yang ‘tertipu’. Buat yang tertanya-tanya, ini adalah wajah terkini Adele yang dimuat naik tuan punya badan 3 hari yang lalu.

Wajah Adele Disamakan dengan Emily Blunt
Wajah Adele Disamakan dengan Emily Blunt

Sumber: Vanity Fair, Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ustaz Ebit Lew Simpati dengan Kisah Kemiskinan Tok Ki

Ada Hikmah & Pengajaran, Cik Manggis Kini Bertudung