in , ,

Cultural Appropriation, Adele Berbikini Bendera Jamaica Dikecam Netizen

PENYANYI Adele, 32, dituduh tidak sensitif oleh warganet apabila memuat naik foto dirinya memakai bikini bendera Jamaica selain rambutnya diikat mengikut teknik Bantu.

PENYANYI terkenal Adele menerima kecaman netizen selepas berkongsi fotonya memakai bikini dengan corak bendera Jamaika dan bertocang Bantu yang merupakan fesyen tradisional bangsa Afrika. Foto tersebut dimuat naik di Instagram milik penyanyi itu pada Ahad sempena acara tahunan Karnival Notting Hill yang terpaksa dibatalkan susulan pandemik Covid-19.

Teknik ikatan Bantu sangat terkenal digunakan dalam kalangan wanita Afrika. Ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya di negara itu selain mempunyai makna tersendiri.

Adele dikatakan sengaja mengambil kesempatan terhadap budaya orang kulit hitam atau ‘cultural appropriation’ gara-gara penampilannya itu.

Adele
Keputusannya untuk mengenakan bendera negara tersebut memicu kebingungan dan membuatnya menjadi bahan meme.

Sekali gus, ramai tampil mengecam tindakannya itu yang disifatkan sangat tidak sensitif meski niatnya dilihat cuba memartabatkan budaya terbabit.

Penyanyi Hello itu memuat naik foto terbabit sebagai ekspresinya kecewa dengan pembatalan Karnival Notting Hill di London. 

Adele
Tak disangka, foto ini justru membuat Adele dituduh melakukan perampasan budaya dan mengeksploitasi budaya kulit hitam.

Dalam pada itu, ramai juga mempertahankan Adele dan mengatakan penyanyi itu mungkin mahu tunjukkan perkembangan tubuhnya selepas beratnya turun mendadak.

Happy what would be Notting Hill Carnival my beloved London,”

– ADELE

Selamat hari Karnival Notting Hill, London,” tulis Adele pada kapsyen posting tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Adele yang didakwa mengeksploitasi budaya dan adat bangsa Afrika.

“Jika tahun 2020 belum cukup ganjil, Adele mengeksploitasi budaya Afrika dengan tocang Bantu. Ini secara rasminya menandakan semua wanita kulit putih yang berstatus popular dan hebat sebagai bermasalah,” komen seorang netizen.

Dalam pada itu, seorang peminat penyanyi Someone Like You ini menyebelahi Adele dan mengatakan ia merupakan keraian yang biasa disambut warga United Kingdom tidak kira bangsa dan warna kulit.

“Karnival Notting Hill ini diadakan setiap tahun untuk meraikan keturunan West Indie di London dan United Kingdom. Adele membesar di Tottenham, salah satu bandar yang mempunyai penduduk berketurunan Jamaika paling ramai di United Kingdom. Ini perkara yang aneh untuk orang Amerika ambil hati,” ujarnya.

Karnival Notting Hill meraikan komuniti kaum kulit hitam dan Caribbean yang menetap di United Kingdom.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Umbrella | 15

Hampir 10 Tahun Tak Rakam Lagu, Umbrella Lancar Single Terbaharu HILANG

Iesya Toh | 16

Pengacara Iesya Toh Kongsi Kesedihan Pemergian Bapa Mertua di Instagram