Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Sam Bunkface Pernah Berdoa Nak Sebut Nama Allah dalam Lagu, Akhirnya Impian Termakbul

Selepas projek kolaborasi lagu “Jangan Menghina” yang menggabungkan Inteam, Alif Satar dan Nocturnal Voice pada tahun 2016, Smileyriver Online (Smileyriver) sekali lagi menggabungkan dua nama besar dari dua genre berbeza – Inteam (pop nasyid) dan Sam Bunkface (punk rock).

Selepas projek kolaborasi lagu “Jangan Menghina” yang menggabungkan Inteam, Alif Satar dan Nocturnal Voice pada tahun 2016, Smileyriver Online (Smileyriver) sekali lagi menggabungkan dua nama besar dari dua genre berbeza – Inteam (pop nasyid) dan Sam Bunkface (punk rock).

“Mencari Sinar” membawa mesej ‘penghijrahan’ dan dilancarkan bersempena Ramadan iaitu bulan penuh rahmat dan keampunan, juga bulan yang sudah sinonim dengan penghijrahan kerana dalam bulan inilah umat Islam lebih bermotivasi untuk berubah dan ‘berhijrah’.

“Mencari Sinar” merupakan sebuah karya baharu yang mana melodi dan lirik asalnya ditulis oleh Allahyarham Ahmadi Hassan. Allahyarham, jika ramai masih ingat dan kenal, ialah penyanyi era 70-80an yang banyak menghasilkan lagu-lagu dakwah. “Mencari Sinar” ialah salah sebuah karya terakhir Allahyarham yang belum pernah dirakam sebelum ini. Istimewanya, inilah satu-satunya karya ciptaan Allahyarham yang diselitkan elemen rap di dalamnya. Bagaimanapun, bagi mengukuhkan lagi mesej yang terkandung di dalam lirik, Sam Bunkface telah membuat improvisasi pada rangkap rap lagu ini.

Bagi mewujudkan kelainan serta keseimbangan kepada genre dan mood lagu, Smileyriver telah mendapatkan khidmat Sam Bunkface sebagai penyusun muzik   di mana Sam turut bekerjasama dengan Epul Kuat bagi tugas ini. “Mencari Sinar” turut menampilkan Fauziah Gambus sebagai pemuzik jemputan.

Lagu telah diadun (mixing) oleh Epul Kuat, manakala mastering oleh Felix Voon. Video muzik “Mencari Sinar” diarahkan oleh Muhammad Iszee dari Clora Studio.

Pemilihan Inteam dan Sam Bunkface

Mesej lagu “Mencari Sinar” adalah relevan untuk semua golongan dan peringkat umur, namun bagi menarik minat golongan muda, Smileyriver perlu memikirkan jalan terbaik agar mesej lagu ini sampai kepada mereka. Inteam dan Sam Bunkface mempunyai niche tersendiri, selain mempunyai fan base yang besar. Gabungan dua artis muda dari dua genre dapat membantu menyebarkan mesej lagu ini dengan lebih meluas dan berkesan.

Alhamdulillah, Inteam diberi kepercayaan oleh pihak Smileyriver sekali lagi berkolaborasi untuk lagu “Mencari Sinar”. 

Menariknya, kali ini bersama dengan Sam Bunkface. Ini merupakan kali kedua Inteam bekerjasama dengan pihak Smileyriver dan pertama kali digandingkan dengan vokalis Bunkface.

Mencari Sinar ialah sebuah lagu baru di mana telah dicipta oleh Allahyarham Ahmadi Hassan dan susunan muzik kali ini oleh Sam Bunkface dan Epul Kuat.

Proses rakaman lagu “Mencari Sinar” tidak mengambil masa lama dan berjalan dengan baik. Seperti yang diberitahu, Sam Bunkface amat teruja dengan projek kali ini kerana pertama kali bergandingan dengan artis nasyid iaitu kumpulan Inteam.

Harapan Inteam semoga lagu “Mencari Sinar” mendapat sambutan di kalangan semua pendengar baru dan lama.

INTEAM

1. Proses sebagai penerbit 

Sam pernah berdoa nak menyebut nama Allah dan Rasul dalam lagu Bunkface, tapi selalu tak jadi. Allah nak makbulkan doa sam, tiba-tiba label Smileyriver approached untuk kolaborasi lagu Mencari Sinar! Doa Sam makbul dan Sam excited nak menyanyi sesuatu yang lain dari kebiasaan. 

2. Durasi rakaman lagu 

Sam dengan kerjasama Epul Kuat mengambil masa lebih kurang satu minggu untuk menghasilkan arrangement yang sesuai seperti yang dibincangkan dengan pengurus dan penerbit lagu ini. Kemudian kami cuma mengambil masa satu hari untuk proses rakaman suara bersama dengan abang-abang Inteam. Sam juga ada minta Fauziah Gambus untuk menyumbangkan alunan gambus dia. 

3. Pengalaman bekerja 

Alhamdulillah, bekerja dengan pihak Inteam sangatlah mudah dan mereka juga lebih berpengalaman daripada Sam, jadi Sam yang banyak mengambil input dan belajar daripada mereka. 

4. Harapan 

Sam berharap pendengar muzik tempatan dapat menerima karya Sam yang mungkin kali ini sedikit berlainan bentuknya daripada lagu- lagu Sam yang lain. Yang penting, hayati mesej-mesejnya dan semoga dapat memberi sedikit inspirasi dalam hidup anda. 

5. Cabaran 

Ini kali pertama Sam produce lagu untuk kumpulan nasyid. Kolaborasi yang mencabar untuk Sam juga sebab kali pertama berkolaborasi dengan kumpulan nasyid. 

Inteam boleh dikategori sebagai artis muda yang tidak pernah jemu berdakwah melalui lagu. Lagu baharu sentiasa ada, selain Inteam banyak berkolaborasi dengan artis dari luar platform nasyid. Smileyriver berpandangan bahawa Inteam sentiasa bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Sam Bunkface sangat aktif berkarya. Dinilai daripada karya-karya Sam sebelum ini, Smileyriver berpendapat bahawa Sam menitikberatkan mesej yang disampaikan dalam setiap lirik beliau. Lagu “Akhir Zaman” contohnya, memberi gambaran jelas bahawa Sam sangat serius mahu menyampaikan mesej melalui lagu.

“Mencari Sinar” mula berada di semua platform digital pada hari Jumaat bersamaan 9 April 2021.

Smileyriver menghargai sokongan daripada pihak media dan ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.

LIRIK: MENCARI SINAR

Andainya terpijak onak dan duri

Carilah penawar untuk mengubati

Sekiranya diri tidak diberkati

Laluilah jalan yang Allah redhai

Andai hidup kita gelap gelita

Taatkan Allah ikuti rasul mulia

Hijrahlah hijrah mencari sinar-Nya

Hijrahlah hijrah, hijrah ke sana

Seandainya diri kita dihanyuti

Tibalah waktunya kita menginsafi

Usia yang muda usah dibaziri

Dunia dicari akhirat dikejari

Semaikanlah iman, takwa di dada

Jiwa dan jasad mencari jalan bahagia

Hijrahlah hijrah mencari sinar-Nya

Hijrahlah hijrah hijrah bersama

Rap:

Buka mata lihat apa telah kita buat

Mula dengan niat bersyukur setiap saat

Jika jalan sesat cepat-cepat kita taubat

Cari jalan berkat, kita menuju akhirat

Jangan buang masa nanti kita kesal

Dosa biar nipis pahala biar tebal

Jika iman kuat kita jadi kebal

Sila guna akal tidak payah pakai tangkal

Andainya terpijak onak dan duri

Carilah penawar untuk mengubati

Sekiranya diri tidak diberkati

Laluilah jalan yang Allah redhai

Andai hidup kita gelap gelita

Taatkan Allah ikuti rasul mulia

Hijrahlah hijrah mencari sinar-Nya

Hijrahlah hijrah, hijrah ke sana

Allah… Allah… Allahu Allah…

Allah… Allah… Allahu Allah…

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version