in , , ,

BILAL GANTIAN Buka Cerita Telemovie Khas Ramadan di RTM

Bagaimanakah situasinya bila seorang pemuda yang selama ini meminati muzik hingga mengabaikan tanggung jawabnya pada solat menerima cabaran menjadi bilal muda yang ditugaskan mengalunkan azan?

Menampilkan pelakon utama Hafeez Mikail membawakan watak Azad, jalan cerita menarik ini disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Panggung RTM pada 17 April ini, pukul 9.00 malam di TV1.  Bergandingan dengan pelakon berpengalaman Nasir Bilal Khan sebagai Pak Habib, Sherie Merlis (Aishah) dan Afzan Rahman (Badrul), plot cerita telemovie ini memberikan gambaran satu hari tanpa sengaja Azad hampir terlanggar, Pak Habib yang  ketika itu sedang menyeberang jalan raya untuk mengalunkan azan di sebuah surau berdekatan. Azad bertindak membantu menghantar Pak Habib hingga sampai di surau kampung.

BILAL GANTIAN Buka Cerita Telemovie Khas Ramadan di RTM

Azad memujuk Pak Habib untuk ke klinik namun ditolak dengan alasan sakitnya akan hilang bila dia berehat. Dalam perjalanan Azad berkongsi kisah keluarganya kepada Pak Habib begitu juga Pak Habib yang seronok bercerita tentang latar belakang dirinya.   

Arwah ayah Azad, meninggal di Mekah 10 tahun lalu. Pak Habib begitu tekun mendengar cerita Azad. Pak Habib menerangkan dia baru kembali ke kampung itu setelah 15 tahun berkelana. Dia pulang kerana mahu menguruskan jual beli pondok dan tanah kebunnya yang terbiar. 

Dia datang ke kampung itu untuk buat satu kejutan kpd AJK surau. Oleh kerana sakit kepalanya menjadi-jadi, dia mohon Azad menggantikannya. Dia mahu orang-orang kampung mula menggunakan surau tersebut subuh ini. Azad terpaksa menjadi bilal subuh itu sebab, waktu subuh makin dekat. Ketika Azad masuk ke surau itu, keadaan surau kosong, memeriksa letrik semuanya ada. 

Dengan teragak-agak, Azad mula mengalunkan azan dengan khusyuk. Ketua kampung dan beberapa orang AJK surau bertelagah dengan suara azan. Namun kerana azan sudah berkumandang mereka sepakat untuk berjemaah di surau itu.

Selepas solat Azad memberitahu, dia disuruh oleh Pak Habib untuk azan menggantikannya kerana Pak Habib sakit kepala yang serius. Namun peliknya kelibat Pak Habib hilang begitu sahaja. Azad melihat album lama di almari buku Pak Habib, dia terkejut melihat ada beberapa keping gambar, ibu dan arwah bapanya berserta dengan seorang bayi lelaki. Ada juga gambar abangnya, Badrul. Azad mengambil album itu dibawa pulang ke rumah.

Ketika itu terlerai kisah sebenarnya Azad anak susuan kepada Aishah, yang dipanggil Mama. Namun apakah hubungan antara Azad dengan Pak Habib? Bagaimana pula kisahnya Azad boleh menjadi anak angkat Aishah?  

Azad singgah di pondok Pak Habib, dengan harapan Pak Habib ada di situ. Ternyata pondok itu kosong. Rahsia masa silam Azad kembali terbongkar. Azad mahu ke rumah Remy, tumpang tinggal beberapa hari di rumah Remy. Ketika memandu brek kereta Azad tidak berfungsi kerana Badrul telah membocorkan minyak brek. Azad cuba mengawal kenderaanya tetapi telah terbabas dan merempuh tiang elektrik. Adakah Azad dapat diselamatkan? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

69 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sam Bunkface Pernah Berdoa Nak Sebut Nama Allah dalam Lagu, Akhirnya Impian Termakbul

Sucinya Ramadan, Tema Kempen Program Khas Ramadan RTM 2021