in , ,

Saluran Youtube Bahasa Arab OMAR & HANA Cecah Lebih 100,000 Langganan

Digital Durian dengan berbesar hati mengumumkan saluran YouTube Arab siri animasi popularnya hasil usahasama dengan Astro, ‘Omar & Hana’, telah berjaya merekodkan lebih 100,000 langganan dalam enam bulan sejak pelancarannya pada Julai 2020.

Dengan lebih 20 juta jam masa tontonan, pencapaian ini menunjukkan perkembangan yang menggalakkan bagi jenama Omar & Hana di persada antarabangsa.

Berdasarkan kaji selidik Digital Durian yang melibatkan golongan ibu bapa kepada peminat Omar & Hana, terdapat permintaan untuk kandungan yang berasaskan Islam oleh ibu bapa dari rantauan Timur Tengah dan Utara Africa (MENA). UAE tersenarai dalam 10 negara yang berminat dengan Omar & Hana YouTube versi bahasa Inggeris.  Dengan data statistik ini, keputusan menghasilkan siri Omar & Hana dalam bahasa Arab untuk memenuhi permintaan peminat yang semakin meningkat adalah langkah seterusnya yang terbaik.

Screenshot 2021-02-22 At 9.38.27 Am

Terdapat juga permintaan muzik instrumental yang berdasarkan budaya di Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk digunakan.  Pendekatan ini dilihat sebagai satu kejayaan berdasarkan pencapaian untuk saluran YouTube versi Bahasa Arab Omar & Hana.

Fadilah A. Rahman, Penerbit siri animasi ‘Omar & Hana’, berkata, “Kami mendapat sambutan yang luar biasa dari penonton Arab siri animasi Omar & Hana dalam bahasa Inggeris dan melihat bahawa ada permintaan untuk kandungan kami dalam bahasa Arab, terutama sokongan dari rautau MENA. Terima kasih kerana menyokong Omar & Hana bahasa Arab ini. Kami berharap agar dapat terus menyebarkan nilai-nilai murni ke seluruh dunia melalui kandungan Omar & Hana. Teruskan menonton dan jangan lupa untuk melanggan saluran rasmi YouTube Omar & Hana!”

Video Omar & Hana versi bahasa Arab ditonton oleh kanak-kanak serata dunia dari lebih 50 negara, terutamanya diArab Saudi, Turki, Iraq, Mesir dan Algeria. Bahasa Arab merupakan bahasa keempat yang diterbitkan oleh Digital Durian bagi Omar & Hana, diikuti oleh bahasa Melayu, Inggeris dan Indonesia.  Sukacita dimaklumkan, penerbitan Omar & Hana dalam bahasa Urdu bakal disiarkan tidak lama lagi. 

Omar &Amp; Hana Logo

Siri animasi Omar & Hana bersiaran setiap Jumaat, jam 11 pagi di Astro Ceria. Kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.

Kami dengan ini ingin memohon jasa baik rakan-rakan media untuk membantu menguar-uarkan mengenai  perkembangan ini dalam penulisan anda. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan pihak media.

Untuk maklumat lanjut mengenai Omar & Hana, layari www.omarhana.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura 2020 | 14

Berat Hati Tinggalkan Anak, Fazura Dikatakan Alami ‘Separation Anxiety’?

Hannah Delisha | 15

Disebalik ‘Baby Face’, Ramai Terkejut Suami Hannah Delisha Tinggi, Tegap & Sado Orangnya